#

Doorgift Rubber Stamp


Assalamualaikum . 


Hi, bercerita tentang persiapan doorgift pulak kali ni. Memandangkan i mengamalkan dasar berjimat cermat amalan mulia, jadi segalanya persiapan harus menggunakan bajet yang minimum. Setelah difikir-fikir dengan semasaknya, i buat keputusan untuk guna rubber stamp berbanding sticker. 

Oh lupa pulak nak kasi intro apa fungi rubber stamp ni. Okey kisahnya macam ni ye. rubber stamp ni akan digunakan untuk mencantikkan doorgift majlis resepsi i. Ala lebih kurang macam thank you tag yang biasa orang gantung or lekatkan pada doorgift tu.




sketching done by my lovely sister, syima. 


Seterusnya disambung tugas oleh kawan syima, ftri johari. terima kasih bebanyak kerana sudi menolong :)



Tara, dora datang lagi!!! inilah rupa rubber stamp i. 


Kenapa i pilih menggunakan rubber stamp?



1. Sebab murah! yeahh. kosnya hanya RM25. syima tempah kat Kulim. i pun tak sure apa nama kedai tu. 2. Stamp pad mudah didapati. harganya pun murah gak. i beli artline yang paling besar baru RM8. 3. Mudah diuruskan. 4. Tak mengambil masa yang lama, hanya copkan sahaja. 



sekian, review rubber stamp i :))





#