Assalamualaikum .
Yeeha kuku i dah cantik dan berkilat. Sangat happy dapat manjakan diri berseorangan petang tadi di Dr. Soho Foot.
Memandangkan kuku i sudah kasar, keras dan tidak cantik akibat tiap-tiap hari memegang kapur tulis jadi i kenalah buat manicure untuk mengembalikan keremajaan kuku i. Cewaah remaja la sangat kan. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam tu kan, i pun tambahlah pedicure. then terasa nak tambah foot treatment skali. sangat suka menambah-nambah macam gini kan.
Pekerja Islam hokey. sangat ramah dan best :)
Total cost untuk manicure & pedicure RM25. then plus foot treatment RM45. Dr.Soho ni memang specialize in foot treatment. Foot treatment merangkumi cracked heel, smelly feet, athlete's foot, corn, ring worm, rough skin, & dry feet. Kaki i tak adalah terus sangat. setakat kasar dan kering sikit je. Best sangat bila kaki di rendam air panas then digosok2, diurut-urut. Buat kat rumah pun boleh sebenarnya tapi apa salahnya sekali-sekali nak dilayan oleh specialize kan :)
Jom buat manicure sendiri di rumah : MANICURE