#

oreo & almond crepe



Assalamualaikum . 




nampak sedap tak? 


Sungguh jakun bila baru dapat rasa makanan bernama crepe. dah berkurun kot serata alam bercerita pasal rasa crepe tapi makhluk ni baru terhegeh-hegeh nak rasa. Lepas tu dengan penuh bangga nak juga cerita kat belog. 

Alasan paling kukuh kenapa I  sungguh ketinggalan zaman bab merasa kesedapan crepe adalah flavor yang banyak sangat I jumpa adalah DURIAN. oh tidak!! kenapa durian bukan rambutan? bukan pulasan? bukan mangga? bukan mata kucing? sesunggahnya kenapa mesti buah yang berbau kuat itu yang membuatkan I tak berani untuk dekat dengan crepe. 

Selepas orang dah puas makan durian crepe barulah timbul flavor yang lain-lain. Dan barulah insan-insan yang alah bau-bauan raja buah yang sungguh syahdu dapat cuba dekatkan diri dengan crepe. 


orea crepe. 































yang merah tu almond crepe. I paling suka flavor ni sebab boleh gigit-gigit almond. 


Ini cuma pendapat berdasar lidah dan tekak I. kalau nak berdebat dengan orang lain confirm I kena tarik diri awal-awal sebab suara majoriti kata durian crepe adalah paling terhebat berbanding flavor lain. tapi kan selain durian boleh try nangka jugak. depa semua dok habaq kata sedap. InshaAllah I akan cuba nanti :)  . Kena tunggu kawan tempat I mengajar buka tempahan nanti . 







Oh geram dengan tekak sendiri yang sangat mengada nak makan benda sedap je sepanjang masa semenjak dua menjak ni. Nak makan benda sedap tu memang la best tapi yang tak best adalah tak tahu apakah makanan yang sedap nak di makan. sakit hati kan bila baca. rasa nak bagi pelempang. sungguh mengada! 




#