#

Tips minum air masak secukupnya



Assalamualaikum . 


Semua sedia maklum tubuh kita perlukan air yang banyak untuk dapat kesihatan yang baik. Tapi, pernah tak korang rasa susah nak minum air ikut garis panduan lapan hingga sepuluh gelas sehari? Dulu i pernah rasa tersangat susah nak sampai target lapan gelas sehari. tapi kini segalanya mudah sekali. hahaha. hamboi macam iklan pulak kan. 


Ada pakar yang kata lapan hingga sepuluh gelas air tu sebenarnya tak cukup pun. sepatutnya kena lebih dari itu bergantung pada situasi harian kita. Kalau lapan gelas pun dah rasa susah inikan pulak nak minum lebih. Memang lagi kesusahan la jawabnya. 


Walaupun fakta lapan gelas sehari tu dianggap tak berasas, tapi I rasa ia tetap berguna jugak. Masih boleh diguna pakai then buat la penambahan bergantung pada situasi badan kita. Jadi di sini I nak share cara yang I amalkan untuk  rajin minum air then dapat jumlah yang secukupnya. 


#Minum ketika haus. Yang ni I sure sangat semua orang boleh buat. tak kan nak biarkan tekak kering yang amat pulak kan. Minum air masak ye bukan air coke or ais sejuk. Mula-mula memang rasa tak syok tak dapat ais tapi bila dah sentiasa amalkan, sure korang akan pandang sebelah mata je pada ais. 

# Minum sebelum tidur. I ada makan supplement sebelum tidur, so automatik akan minum air pada waktu ini. 

# Minum air pada waktu pagi sebelum bersarapan .Ni tips nak kekal muda jelita. haha. tak caya cuba la :)

# Minum air sebelum mandi . I pernah baca yang minum air sebelum mandi dapat turunkan berat badan. I pun tak pasti betul ke tidak. Apa-apa pun I tetap amalkan dengan alasan minum air masak sentiasa bagus. 

# Minum air 30 minit sebelum makan. Yang ni bagus untuk sistem penghadaman tubuh. 

#minum satu gelas air dengan tiga kali teguk. Tak elok minum dengan laju-laju tau. 

# Sentiasa bawa bekal air masak ke mana-mana. Dah macam bestfriend pulak botol air dengan I. Dalam kereta, atas meja kerja, dalam bilik tidur, ke kelas, dalam handbag. di mana-mana sahaja :)





Jom sama-sama amalkan minum air masak untuk sihat :) 









#