#

perkara baru belajar lepas kahwin



Assalamualaikum .


wooot woot!! amboi lama menyepi kan. seminggu cuti sekolah, seminggu jugak lah bercuti dari sentuh laptop. dah nama pun cuti kan, so seharusnya menikmati percutian sepenuhnya. lagi-lagi bila jumpa suami. 24 jam sibuk konon. haha.

Alhamdulillah akhirnya berjaya habis cuti dengan penuh kualiti bersama suami dan keluarga di rumah mak abah di Yan, Kedah. syoook ooo dapat balik Kedah. dah dua bulan menanti cuti nak balik Kedah. 



Nah kau, suami I bawa meronda naik motor kanak-kanak pastu melepak kat padang pantai murni layan game bola sepak kampung. First time tengok satu team tak pakai baju dan baru I tau yang team yang ketinggalan goal kena denda tanggalkan baju masa main. Rezeki dah kahwin, dapat i belajar benda baru ni. Eh ada kaitan ke benda ni dengan hal kahwin?  hahaha. sangat tak ada kaitan langsung. 




bajet comel je kan suami isteri naik motor kanak-kanak meronda kawasan pantai :)





#