#

Review : Haasz Boutique



Assalamualaikum . 


Yeayy dah pun dapat cd gambar kahwin dari OP. jadi tibalah masa nya untuk sesi review segala cerita kahwin. Review kali ni berkaitan butik pengantin pada hari perkahwinan I. Selepas survey lebih dari 10 butik pengantin, hati I berkenan untuk pilih Haasz Boutique. Okey tau korang nak cakap yang gigih gila perempuan ni pergi survey sampai 10 tempat. Ye, kadang-kadang I memang over. haha.


Kenapa I pilih Haasz Boutique?  


tak nak terus jawab. layan gambar hasil kerja Haasz Boutique sambil I bagitau sebab-sebabnya okey :)

















































Pelamin yang simple tapi sangat sedap mata memandang . 




Pintu gerbang berbelon . Idea pelik-pelik belon bagai ni haruslah dari suamiku. Bab request benda mengada-ngada memang serah kat dia. haha. Masa awal pagi cantik je belon kembong-kembong then sampai waktu berarak je tinggal berapa biji je yang kembong. yang lain semuanya dah meletup. 






set persalinan baru yang tak tahu nak cakap apa sebab TERSANGAT SUKA! Adin cakap dia nampak hensem pakai baju ni. I pun setuju! 



I pilih  Haasz Boutique adalah owner nya, Aleya paling memahami apa yang I nak. I cuma nak  yang simple but nice. cute itu penting. tak nak bunga banyak-banyak sampai tenggelam diri I yang comel ini. Tak nak gempak meletop kebabom sangat. Pakej berpatutan dengan budget I yang tak seberapa. 


Ini list perkhidmatan yang I ambil dari Haasz Boutique :

1 x baju pengantin L/P
1 x pelamin
Aksesori L/P
Bunga Tangan 
(bukan yang dalam gambar tu, nanti next time I tunjuk dalam entry HB)
Payung
Pintu Gerbang
Set bantal bersila 
(Aleya baik hati bagi pinjam ja)

Total keseluruhan below  RM3000. 


Tema asal yang I pilih light purple. Tapi Haasz Boutique gabungkan pink dan purple. Yeaayy  sangat suka. Haha. walaupun konon nak lari dari pink tapi terserlah owner butik ni dapat baca apa yang I suka :)


Banyak perubahan yang I buat dari masa first deal hinggalah ke hari majlis berlangsung. Syukur sangat sebab Aleya sanggup layan kerenah I. Asalnya kitaorang discuss tentang pakej majlis di dewan. disebabkan masalah dewan terpaksalah tukar lokasi ke majlis di rumah. Lepas tu tiba-tiba I mengada-ngada nak cancel makeup dengan meja makan pengantin. Di tambah lagi dengan masalah teknikal yang menyusahkan Aleya kena berulang ke rumah I dua tiga kali. Huiishh dugaan betul dapat customer macam I. Haha. 


Kesimpulannya Haasz Boutique adalah terbaik. segalanya AWESOME! 


Haasz Boutique (Aleya )
Taman Rakyat, Mergong, 05150 Alor Star
012-4937244



#