#

asam pedas tetel

pastikan anda mengeja dengan betul. jangan tersalah sebut benda lain pulak sudah. siapa pernah makan sila angkat tangan. i ada kuasa ghaib tau, boleh nampak u angkat tangan *__*

i baru je kenal apa bendanya tetel tu. wan dengan farah yang introduce kepada i. thanx ye sayang-sayangku mengajar i makan tetel. hasil pembelajaran i, tetel ni lemak lembu yang ada melekat sikit-sikit pada daging. kalau kat kedah i selalu je jumpa tetel ni. tapi i tak pernah la pulak panggil daging tu dengan nama tetel. biasanya orang masak dalca. mak i pun pernah masak dalca tetel ni masa mr ehem datang rumah i. itu pun sebab mr ehem yang request. manja betul kan. mengada-ngada pulak dia dengan mak i. 

masa jalan-jalan kat melaka hari tu, wan bawak i dengan farah makan asam pedas tetel ni. tempatnya kat taman kota laksamana. senang je nak cari. kalau kau pernah pergi jonker walk mesti kau dapat cari kedai asam pedas ni. dekat belakang kawasan parking jonker walk je. ada 2 buah kedai kat lorong tu. dua-dua penuh dengan orang. wan cakap lagi lewat malam, lagi ramai orang. kitaorang decide makan kat restoren kota laksamana, asam pedas claypot malam tu. maybe next time boleh try kat kedai yang lagi 1. wan cakap lagi, dua-dua kedai best.

asam pedas claypot. wajib cuba kalau ke melaka. 

 i order asam pedas tetel, wan plak order asam pedas pari. farah makan roti canai.

thumb up!! memang masyuk asam pedas kat sini. walaupun i tak berapa suka makan lemak. maklumkan menjaga perut kan. *___*  tapi bila dah masak asam pedas ni layan jugak rupanya. habis i kutip tetel dalam claypot tu. asam pedas kat kedai ni dikira 1 set. ada asam pedas, telur masin dan sayur goreng. terpulang pada kau la nak asam pedas ikan or tetel. sebelum ni aku mesti order asam pedas pari, tak ada nya nak fikir-fikir lagi, tapi bila dah pekena asam pedas tetel sekali memang kena berfikir. pari or tetel, pari or tetel.

1 set asam pedas harganya RM6.90. tak mahal pun sebab dah siap ada sayur dengan telur masin kan. servis memang cepat. tak payah nak tunggu lama walaupun orang sentiasa penuh. 

harus singgah lagi kalau pergi melaka *__*

#