#

juara peringkat sungai kota tinggi

peringj

wah, bukan main meleret senyuman mr ehem i ni kan. nampak semua gigi. dah macam iklan ubat gigi untuk perokok pulak. i pulak yang rasa nak menggelupor menahan sabar. terguris, terhiris hati i tau. robek hati i bila mr ehem senyum meleret macam ni. sampai hati dia tak kasi peluang pada i langsung. u memang tak kesiankan i kan. menci! menci! menci! geram sangat i bila mr ehem mempersendakan i sebegini rupa tau!

sungai kota tinggi yang pernah melimpah ruah sehingga berjaya membuat orang-orang renek seperti i tenggelam pada tahun 2006 (kelik sini nak tengok bukti) jadi saksi hati i dirobek, dicarik oleh mr ehem dengan penuh rasa tidak kesian pada i. 


berasap kepala i tau menempis serangan mr ehem. sebenarnya i nampak kepala mr ehem pun berasap jugak. tapi i saja je tak nak kecoh macam mr ehem kecohkan kemenangan dia. benci tau! walaupun dia menang, tapi tak da semudah ABC atau 123. harus la i buat kepala dia berasap juga kan. 

 muka riang riang mr ehem lepas buat i checkmate pada first set.


muka riang ria kanak-kanak rebina mr ehem selepas berjaya membuatkan langkah king i terhenti pada second set. ala, berpeluh-peluh kepala dia baru dapat kalahkan i. 

sepatutnya i jadi juara. tapi apa kan daya, keadaan tubuh badan serta hidung i masa perlawanan ni tidak stabil. i bersin lebih dari 10 kali dalam masa 5 minit tau dan jumlah tisu yang digunakan tidak dapat dikira. 

dan semestinya i sedang cuba buat muka comel selepas kepala berasap dan sedang berusaha menampal membalut hati i yang telah robek. it's ok dear, i akan pastikan i menang bila kita repeat. dan i dah berjaya menang 1 set dalam game online kitaorang. yeaaaahhhhhaaaaa....!!! sila buang title 'loser' yang u bagi kat i tu ye mr ehem.


nota tapak kaki:~
tahniah ye mr ehem. nanti kita repeat game. pilih lokasi lain ye. i request nak main kat taman istana yang mengadap atas bukit mengadap Singapore tu ye. dan lagi 1, yang ni mesti u suka meloncat-loncat punya. i akan bertanggungjawab atas kekalahan i tu. antara cepat dengan lambat je masa nya. u paham-paham la ye, i tengah sibuk ssangat-sangat dengan kerja i. sekian, terima kasih *__*'


#