#

tips dating; bawa bodyguards


Salam. tak kira hari ni i nak melepas gian update belog jugak. i sanggup bersabar dengan kelembapan internet ni demi melepas gian. hahahaha. gila gigih kan. hari ni bangun tido dengan mood baik, so paras kesabaran berada pada aras tinggi *__*. 

para gadis-gadis; hari ni i nak kasi tips apabila keluar berdating. sila bawak sesiapa untuk menjadi bodyguards anda. jadi anda akan selamat dari gelaja culik dan khawin lari. bahaya tau. kedah kan dekat dengan siam. nanti kalau mr ehem bawa i pergi siam macam mana. ha tu la sebab i upah kanak-kanak riang yang berkeliaran kat kawasan rumah i untuk jadi bodyguard i.





rupa paras bodyguards i. mengikut i ke hulu hilir ketika berdating.

tak payah susah payah fikir pasal upah kalau bawak kanak-kanak riang ni. belanja soya segelas pun dah cukup. kanak-kanak kena bagi minum soya baru kulit cantik. advantage untuk i pulak; keselamatan terjamin. kos pun rendah. see bijak kan i mengatur strategy. 

bila bodyguards sudah penat, i kena bayar upah kepada mereka. lepas main ossummm, kitaorang decide masuk GeorgeTown White Coffee. tak payah susah-susah pergi GeorgeTown, kat Alor Star Mall pun i boleh minum ayaq kopi Georgetown tau.


jom pilih menu. nyum nyum. 

i suka dengan decoration kedai ni. unik. rugi pulak tak tawaf kedai tangkap gambar. kat dinding kedai ni penuh dengan gambar-gambar Georgetown lama. macam lahir zaman dulu-dulu pulak. klasik.

bodyguard yang kuat minum. syima order soya cincau gula melaka. mimie pulak order soya with gula melaka. kanak-kanak ni memang hantu soya. nak kulit putih gebu la konon. 

 muka serius macam tengah baca soalan exam SPM, padahal tengah baca menu je pun. 

 teochew cendol milik mr ehem. nyum nyum *__*

me and him. get well soon dear. tiba-tiba buat iklan kasih sayang pulak kat sini. kesian kat mr ehem i tau. sampai demam i kerja kan dia. *__*' penuh rasa bersalah ni. lain kali i tak biarkan u drive sorang-sorang lain. sampai je negeri sembilan terus demam panas. masa kat kedah elok je. atau u demam rindu kat i ni?  *__*


#