#

penutup dua november



burppp....

*__* tak senonoh betul membuang angin kat depan khalayak ramai. Alhamdulillah kenyang betul menjamu selera sepuas hati. tak ada maknya i nak control ayu, control perut kalau dah nampak makanan enak bangat berderet depan mata. rugi kot kalau pandang-pandang aje. 

selesai sudah majlis makan malam guru dan staff sekolah sesi 2010. Alhamdulillah syukur sekali lagi majlis berjalan lancar. banyak jugak dugaan nak selesai kan semua urusan sebelum annual dinner ni. berpinar-pinar mata i mengira Ringgit Malaysia. dah tak sanggup i nak pegang jawatan ceti-ceti pengutip duit. i dah buat list nama bakal pengganti jawatan bendahari untuk next year. siap la korang-korang yang banyak sangat songeh dengan i. i calonkan korang pulak merasa derita pening-pening mengutip, mengira duit. mecabar betul tugas akauntan. patut lagi gaji depa mahal kan.

penutup tarikh dua november adalah i mahu berkuak lentang dengan jayanya. malam ni i stay kat Ladang Alaf  milik YPJ. tak kuasa i nak drive keluar dari ladang malam dingin macam gini. lagipun esok i nak gerak balik kedah. hurreeeyy berbunga-bunga hati i mengira minit dan saat nak balik kedah. sebab nak jalan jauh esok, so harus la mengumpul tenaga dengan sebanyaknya malam ni. tank perut dah penuh. settle bab perut. sekarang kena settle kan bab mata pulak. selamat malam.


mr ehem; tidur awal malam ni, esok u nak kena drive sampai ke kedah. i risau tak dapat tahan mata esok. so u kena kuat. jangan join tutup mata sekali dengan i pulak. kita jumpa esok ye hubby  *__* selamat malam.



#