#

baju basah di petang itu


Assalamualaikum! 


okey lihat dulu gambarajah bukti i sedang memegang raket badminton di taman tasik dalam keadaan cuaca kemendungan di hari percutian thaipusam lepas. ceh! cerita basi lagi kan.. gigih kot nak mengeluarkan peluh walaupun sedar awan tengah berarak gelap tunggu masa je nak buat i basah kuyup. 





Fuhh! bukan rancangan awal ashari or awal sehari ye. itu menandakan i puas dapat mengeluarkan peluh-peluh degil dari liang-liang peluh yang sudah tersumbat. dengan sangat girang riang ria nya i bermain badminton di petang itu bertemankan rakan-rakan gossip i. 



tengah asyik berseronok bermain, tiba-tiba jeng jeng jeng....

agak-agak kau apa jadi ...?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



dengan sepantas mungkin i memecut masuk ke bawah pondok. hujan sudah turun mencurah-curah. lama jugak la i dengan diaorang tu berteduh plus bergossip bawah pondok tu. bila dah tak tertahan sangat menunggu hujan berhenti, kitaorang pun pecut la sekuat hati balik ke kereta. jauh kot kitaorang park kereta dari pondok tu. 


dan disebabkan itu, i dan mereka kebasahan. tahap kuyup pulak tu. macam kesian la pulak kat i kan. hari pertama bersenam, hujan turun selebatnya. tapi tak pa, i akan menggigihkan diri bersenam lagi di hari lain. semalam sekali lagi i berkunjung kat taman tu. haha.. bapak skema ayat i tu kan. tapi kali ni i berjogging je. tak dapat main badminton sebab angin tersangat la kuat.


InsyaAllah, i akan meneruskan perjuangan bersenam sepanjang tahun ni. perghh!! semangat majulah sukan untuk negara gitu. petang tadi i discover tempat bersenam yang lagi best. esok nak ajak geng berlarian kat taman tu pulak. nanti i update aktiviti bersenam i kat tempat i baru jumpa tu ye..
*__*





#