#

Faizal Tahir. go! baby go!

hello hello hello! 


mesti semua tengah menunggu anugerah juara lagu malam ni kan. mana tak nya artis and lagu-lagu malam ni power rangers kot. macam-macam ramalan nujum pak belalang dah keluar. nasib baik tak tilik guna sotong kan. 

ada yang kata yuna akan jadi juara. ada jugak yang kata faizal tahir. ada gak yang kata artis lain. ala semua artis ada peminat kan, so mesti la peminat diaorang ramalkan diorang akan menang. tak kisah la siapa pun yang menang. apa yang paling penting artis-artis ni kena buat the best performance. beriya semua fans menunggu malam ni tau. okey, termasuk la i yang menonton dari sofa kat rumah ni kan. 





harus la kan saingan sengit-menyengit malam ni. dah excited sangat nak menunggu malam ni. dan i ramalkan faizal tahir akan menang. kalau tak jadi juara pun dia mesti menang persembahan terbaik or vocal. dalam kepala i persembahan dia harus la meletup-letup. ala macam ajl yang lepas tu. bukan main lagi kan gimik dia.


dah cukup! tak boleh update panjang lebar. nak keluar tapau makanan. plan asal nak order domino's je malam ni. sebab malam ni nak bertapa depan tv je. tapi disebabkan kebuluran masa tengok nona tadi i dah order. then sekarang dah rasa loya tekak. mahu mencari nasi pulak malam ni. ala asal dari kampung kan. perut tak tahan kalau tak makan nasi seharian. okey, masa untuk keluar mencari makanan. bubye. 



#