#

busuknya ketiak


Assalamualaikum! 


fuhh, tajuk penuh debaran menggerunkan tu. boleh terus gelap dunia jatuh pitam bila terhidu bau ketiak yang sungguh harum mewangi. aduh! serius hidung i memang tak dapat bertahan lagi dengan bau ketiak basah yang teramat teruk. 



ketiak kitaorang wangi tau. 



tapi ketiak beberapa manusia dalam kelompok ini yang mendatangkan bau-bau yang boleh buat i pitam. bila segala bau-bauan bergabung, maka tercetus lah sebuah bau yang OMG!! tak terkata distu! 


lemah semangat betul la bila nak pergi tempat orang ramai bersesak macam gini. kembang kempis hidung i ni tau menahan bau. semua ni gara-gara aktiviti menghilangkan bosan bila terpaksa bertapa sorang diri kat rumah. okey, ini cerita yang sudah berlalu. i pun dah tak ingat tarikhnya. aktiviti mengikut my friends encik ed, si wartawan tv3 dan encik tubish pergi bersesak cium-cium bau ketiak masam kat road tour anugerah juara lagu kat pasir gudang.  



faizal tahir the superman


akhirnya i mengaku suara tomok sedap. dulu masa zaman sekolah menengah, i sangat benci suara tomok masa lagu sejarah tak mungkin berulang tengah meletup-letup. i betul-betul tak paham kenapa kawan-kawan i minat sangat dengan si tomok ni masa tu. mungkin masa tu i tak dengar betul-betul suaraa tomok ni kan, then i terus judge suara dia tak best. lagipun masa tu i meluat dengan style rambut belah tengah dia tu. okey, sekarang i dah suka. jom nyanyi sikit ' rinduku terhenti,ku tinggalkan lara...' tu je yang i tau. huhu..



faizal ismail, tomok dan dua mangsa mereka. 




rahmat the legend 


bertaubat sebulan dua dari aktiviti macam gini lagi. macam i dah bertaubat dari menyibukkan diri pergi bersesak kat jomheboh. i dah tak sanggup menahan bau-bauan. pelik betul la kenapa susah sangat orang-orang yang tergolong dalam kelompok bau-bauan tidak menyenangkan ni tak bagi tumpuan kat kebersihan diri diaorang. memang la kadar pengeluaran peluh setiap orang tak sama. tapi mesti empunya diri sedar kan badan dia berbau kuat. so kena la ambil langkah berjaga-jaga. dah tua bangka, tak kan nak kena ajar lagi pasal kebersihan diri kan. kalau budak sekolah darjah enam boleh la i ajarkan. 


dah cukup cakap pasal perkara busuk tu lagi. mari ke sesi bergambarajah kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan i ni ye =) 



sedang menggarukan kepala yang tiba-tiba menjadi gatal akibat mengalami renjatan hidung





alamak, kami telah menjadi mangsa dipendekkan di dalam gambarajah ini. 




#