#

Resepi Paprik Ayam


Assalamualaikum! 


mengumumkan cuti umum kepada penduduk Johor pada hari ni. selamat bercuti kepada warga Johor hari ni termasuk la tuan belog ni. oh yeah! cuti kan. off course la gembira tersengih-sengih. 11.1.11, cantikkan tarikh hari ni. ramai betul blogger update pasal tarikh cantik ni. ramai jugak la yang sambut birthday hari ni. selamat hari jadi ye mereka-mereka yang dilahirkan hari ni. 


i plan nak MASAK hari ni memandangkan hari ni i akan habiskan masa kat rumah je. haha. penuh penipuan sebenarnya statement tiba-tiba mahu menjadi si dara yang rajin memasak di rumah tadi. tak ada maknanya i nak buat-buat buang tebiat tiba-tiba jadi rajin nak memasak walaupun my mum dah bekalkan i dengan buku resepi tebal masa i mengangkat beg berpindah untuk hidup secara sendirian berhad tanpa berharap kepada my mum untuk jadi surirumah tangga sepenuh masa. dah jadi pekasam agaknya buku resepi tu dalam kotak buku i. 


masa cuti sekolah akhir tahun hari tu,i belajar masak dari puan zarina kesayangan i. resepi bonda ni tau. bukan main beriya lagi i menyalin resepi sambil menyediakan bahan masak, memanaskan kuali, mencampak bahan-bahan ke dalam kuali dan mengacau- kacau masakan itu. makanan kegemaran i ni tau. harus sangat la i belajar masak kan. tapi entah bila nak masak resepi ni secara sendirian berhad tak tahu la kan. okey, mari i share kan resepi kegemaran i ni. 




Paprik Ayam


bahan-bahannya : 
ayam (dipotong kecil)
 rebung (dipotong halus)
santan
daun limau purut
cili kering, cili melaka (4/5 biji), lada hitam (1 sudu teh), serai (5 batang), belacan, bawang merah atau bawang besar, lengkuas, halia, serbuk kunyit. semuanya dikisar. 

cara memasak :
tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. masukkan ayam. masukkan air asam jawa, santan, garam dan gula. masukkan air. masukkan rebung yang dipotong halus. koyak-koyakkan daun limau purut dan masukkan dalam kuali. SIAP! 


senang je kan. sure menjadi la kalau kau masak cik ada. tapi bila kau nak masak ni? i memang berniat nak masak hari ni. tapi housemate i la pengaruh i pergi sekolah menghias kelas pulak hari ni. dah sudah hias kelas, diaorang ajak i pergi makan kat kedai pulak. pandai je kan diaorang ni pengaruh i. terbantut niat i nak masak. 


hahaha. penipuan semata-mata. padahal dalam hati memang tak berniat pun macam gitu. memang pagi-pagi lagi i dah pergi sekolah tadi. okey tu memang reason yang betul. reasons lain adalah kat rumah i tak ada barang masak langsung. dan i MALAS. itu je. *__*


#