#

cinta monyet budak sekolah


Assalamualaikum. dah masuk hari ketiga nampaknya. perkara yang harus i cerita hari ni pasal MY FISRT LOVE. 

sumber : google

i cerita kisah cinta i yang sampai ke tahap declare as couple untuk kali pertamanya la ye ni. kalau nak cerita kisah cinta syok sendiri i panjang la pulak. sejak baby kot dah jatuh cinta pada baby boy sebelah katil mak masa kat hospital. ceh! sungguh ketara kegatalan i. haha. 


i tipu je tu. masa tu buang air besar pun mak yang cucikan, mengada-ngada ada hati pulak nak jatuh cinta kan. jangan kata buang air, sepanjang masa dok melalak mintak susu je kan. tak sempat nak kenyit-kenyit mata kat baby sebelah pun.


kisah cinta pertama ni memang dah tahap boleh masuk arkib pun. masa i umur lebih kurang 14 tahun. kau kira sendiri la dah berapa tahun lamanya. tak nak ulang banyak-banyak kali umur i sekarang. *__* ayat cover tak nak bagitau diri dah tua sebenarnya.


budak lelaki tu classmate i. i kategorikan dia sebagai "budak" pada masa tu ye. sebabnya dah sah-sah la spender dia pun mak dengan ayah dia yang tanggung masa tu kan. i baru je pindah ke sekolah tu. so agak glamor sikit. sikit je pun. tak payah nak perasan lebih-lebih. bukan apa, masa tu i pelik dari diaorang. kau bayangkan budak kelantan tiba-tiba tercampak kat kedah. dah macam ayam dengan itik i berkomunikasi dengan rakyat-rakyat kat sekolah tu.


okey, kembali ke kisah cinta pertama. masa mula-mula masuk je kelas tu, hati i tiba-tiba dup dap dup dap. toing toing toing. ha macam-macam bunyi terkeluar kau. hati i tiba-tiba terasa bagai terbang keluar. haha. penuh metarfora di sini. sungguh menipu. dipendekkan cerita i dah tersyok kat budak itu. okey, letak nama dia sebagai F, bukan nama sebenar. no.no.no bukan mr ehem ye pada masa tu. memang nama mr ehem pun mula dengan huruf F jugak. tapi mr ehem tak wujud lagi masa tu. dia pun tengah bercinta dengan orang lain agaknya.


i pendam sorang-sorang jelah perasaan cinta i masa tu. biasala, konon-konon berprinsip, TAK NAK BERCINTA DI BAWAH UMUR!. i berangan sorang-sorang je, konon-konon i dengan F ni geng Power Rangers. dia Power Rangers kuning, i pulak Power rangers biru laut. dulu i suka warna biru. kalau sekarang mesti i nak jadi Power Rangers pink. lepastu kitaorang sama-sama menyelamatkan pengganas-pengganas kat sekolah. ikhlas dari hati i sekarang, i malu dengan diri sendiri. walaupun dah tahap remaja yang sudah akil baligh masa tu, tapi pemikiran i sangat seperti budak-budak darjah 1.

sumber : google

lepas lebih kurang dua bulan i pandang-pandang, jeling-jeling dia dari jarak 3 meter. jauh jugak tempat duduk i dengan dia masa dalam kelas. tiba-tiba one day, geng bestfriend i dapat mengantoikan i. diaorang nampak mata i asyik menjeling-jeling F. jadi terbongkar lah rahsia i syok kat F. dengan hasrat yang suci murni, geng bestfriend i pun bertindak sebagai cupid menyatukan i dengan F tanpa pengetahuan i.


dan tanpa disangka-sangka rupanya F pun SYOK kat i jugak. laku jugak i rupanya kan. haha. part ni best. pada suatu hari yang sejuk-sejuk, geng bestfriends datang membawa perutusan. sekeping surat. i pun terpinga-pinga. surat apa ni? sapa yang bagi? jeng jeng jeng... i pun buka sampul surat tu. bertaburan bedak wangi tumpah ke lantai. bau bedak safi agaknya ni. bla, bla, bla... kesimpulannya dia suka i. since that time kitaorang declare as couple.


lebih kurang 5,6 keping surat kitaorang berbalas, habis bedak sebotol, dah jadi leper telinga i bergayut telefon, i pun tiba-tiba ambil keputusan senyapkan diri. dan terus jauhkan diri dari F. aipp! jangan fikir bukan-bukan pasal F. dia tak ada buat salah apa-apa pun. i je yang tiba-tiba tak nak terus terjebak dengan kancah cinta monyet yang tak mendatangkan untung pun waktu di alam sekolah. sampai hari ni F tak tau kenapa i tiba-tiba jauhkan diri dari dia dan tak nak cakap apa-apa langsung dengan dia. lepas je form 3, i dengan dia pindah sekolah. i masuk sekolah teknik kat alor star, dia pulak masuk sekolah teknik kat perlis. lepas spm, i terserempak balik dengan F. masa tu i tegur dia. syukur elok je dia berborak dengan i. i harap dia tak simpan apa-apa dendam pada i. sekarang kitaorang still jadi kawan.


tu jelah kisah my first love. cinta budak sekolah menengah yang i rasa tak ada masa depan pun. setakat CINTA MONYET semata-mata *__* . sekarang i dah jumpa cinta lain pun. kalau diizinkan Allah swt, ini cinta terakhir i. InsyaAllah. doakan i dengan mr ehem ye *__*


p/s: sila la buat amal jariah vote my style ye kat sini 'ayun ayunar'. nama i kat atas sekali, nombor 1.



#