#

mexican pizzadillas @ elmigos


Assalamualaikum. 


lama betul i tak update blog ni. memang dah tahap bersawang pun rasanya. tak ada la sibuk sangat dengan kerja pun sebenarnya, tapi tiba-tiba mood i terpesong ke arah lain sekejap. mood menggatal survey segala datuk nenek yang berkaitan majlis kahwin. no no no! ha kata i dah gatal nak kahwin la tu. bukan untuk i la, tapi untuk housemate i. 


mood nak update belog dah datang balik. so hari ni update pasal aktiviti habiskan duit gaji. memang gatal segala anggota badan kalau duit gaji kat bank tu belum luak. tak tenteram je rasa. kaki gatal nak tekan minyak pergi ATM. mata gatal nak tengok barang-barang. mulut terasa gatal nak kunyah benda-benda sedap. tangan gatal nak keluarkan duit bagi pada cashier.  memang sepakat betul segala anggota badan ni. 


lepas keluarkan segala duit yang BERIBU-RIBU rupiah kat atm, terus laju je kaki cari tempat makan yang best. 



 tett tett tett. bunyi signal ye tu. lokasi dikenal pasti. ELMIGOS jusco tebrau. dah pernah dua tiga kali sebenarnya makan kat sini. tapi lidah memang jenis dasar tak puas kan. 





muka-muka kebulur yang setia menunggu makanan. 



i suka interior design kat sini. langkah je kaki terus rasa terdengar bunyi kuda, lepas tu ada cowboy tengah tembak-tembak. haha.. tiba-tiba berimiginasi tinggi la pulak kan. 





makanan dah sampai. tunggu apa lagi terus mengunyah dengan sepuasnya. yang gambar atas tu i punya xxl burger. gambar bawahnya tu salad untuk orang-orang tengah berdiet semata-mata nak slim masa pakai baju kahwin ye. menu lain i lupa nak ambil gambar la pulak. paham-paham jelah bila dah nampak makanan atas meja kan. fikir nak masuk mulut je. 


mulut dah penat mengunyah, perut dah penuh, duit pun dah berkurang. KEPUASAN pun diperolehi. misi berjaya. sambung jalan-jalan hilangkan kegatalan mata pulak *__*




P/S : asyik teringat cupcakes comel ni la pulak. 


misi seterusnya : cari cupcakes comel sedap sampai masuk mulut dan perut. 



#