#

eh ni muka orang ke? i ingatkan kertas lukisan


Assalamualaikum. 


bayangkan kalau i jadi mak andam. ada set makeup macam-macam jenis, macam-macam warna. siap ada box yang macam doktor bedah tu. apa agaknya jadi pada muka manusia yang i makeup kan tu ye? 


sanggup tadahkan muka korang untuk jadi kertas lukisan i? sila jangan memperkecilkan bakat i ni tau. okey, memang i kecil je pun. tapi bakat i besar. buktinya, i pernah jadi juara pertandingan makeup ibu tau masa family day polis daerah pasir mas. tahun 1996 or 97 kalau tak silap i. zaman kanak-kanak i dulu tiap-tiap tahun i masuk pertandingan tu. hebat kan i. 


hahaha.. geli pulak bila cakap besar macam gitu. tangan terketar-ketar macam kena penyakit Parkinson ada hati pulak nak jadi mak andam. tapi kan! i sebenarnya memang minat sangat bab-bab makeup ni. lebih-lebih makeup muka orang. semalam termakbul jugak hajat i nak belajar makeup. sangat terharu bila ada jugak yang sanggup tadahkan muka untuk i conteng-conteng. 



nasib la kau dayah jadi mangsa contengan i hari ni. rupa paras dayah setelah siap diconteng-conteng. 



kusyuk tau dengar mak andam professional explain teknik mekaup yang betul. entah apa-apa je sebenarnya yang i salin dalam notebook tu. i sorang je yang buleh paham. ini baru kelas sesi pertama. ada dua kali kelas lagi i kena attend.  



sesuka hati i je edit gambar ni sampai jadi sangat selekeh macam gini. kena tutup aurat tu..haha. mengamuk jugak si dayah kalau tengok gambar dia kena edit sehuduhnya gini. sorry la ye, i memang tak kuasa nak explore segala software edit mengedit ni. senang cerita i conteng dengan paint je. 


sebelah muka dayah di makeup dan sebelah lagi tak di makeup. terketar-ketar je bila nak pasang bulu mata palsu tu. susah jugak rupanya. tabik spring la pada rozita cek wan. mesti tangan dia kena bedung erat je masa baby. 




siap di makeup. sedia untuk majlis bertunang. cepat, cepat hantar rombongan ye. 




harus la kena ada muka i jugak walaupun muka sememeh je. makeup orang bukan main lagi, muka sendiri sempat calit bedak je pun. 




ni model-model i untuk next class. siap la korang. *__*




#