#

congrats graduate!

Assalamualaikum.. 


finally my love mr ehem dah pun graduate. congrats buat mr ehem dan geng-geng pendidik keluaran ipg seMalaysia. tapi sayang beribu lemons sayang, i tak dapat pergi raikan majlis convocation mr ehem. ha! jangan tanya kenapa i tak pergi, nanti berbaldi pulak i nak menadah air mata ni. karang keluar air mata darah lagi parah. 


walaupun tak dapat hadirkan diri, i ada tempah something untuk raikan mr ehem tau. something special for him : 



mari merosakkan gigi mr ehem. haha. kejam!  great job JbChocolate Heaven! i tak sure dah sampai ke belum chocolate hijau ni depan pintu rumah mr ehem. i pulak yang over excited ni. para pekerja penghantaran, sila bekerja dengan pantas ye hari ni. 


kenapa i pilih chocolate? reason pertama adalah simbolik untuk kenangan tahun 2007. masa mula-mula mengorat i dulu, (meow, meow, sedang berpura-pura malu kucing) mr ehem ajak i makan chocolate. masa tu kat petronas. jarang lelaki suka makan chocolate. nampaknya mr ehem sekepala dengan i, suka makan chocolate. 


reason kedua i pilih chocolate warna hijau sebab mr ehem fanatik warna hijau. segala benda nak warna hijau. nasib baik i tak boleh dicat warna hijau je. kalau boleh memang dah jadi manusia hijau la agaknya i ni. haha.. tiba-tiba buat lawak sengal pulak. lagipun hijau ni kan warna petronas. simbolik kenangan dulu-dulu gak la ni *__*. 



okey, kasi promote JbChocolate Heaven sikit ye. kelik la pada link yang i bagi tu untuk usha macam-macam lagi sweet candy hasil kerja JbChocolate Heaven ni. confirm terpikat! 


senang je berurusan bila mengoder dengan owner nya. sangat mudah untuk berkomunikasi. untuk orang-orang area skudai boleh la pergi pick up sendiri. untuk chocolate mr ehem ni i mintak owner pos terus ke negeri sembilan. 




gambar mr ehem dengan classmate. congrats graduate! 



#