#

"Abaya? macam makcik-makcik pakai pergi terawih je kau ni!"

Assalamualaikum.

 dicopy dari ohbulan

NurFazura sangat cantik la kamu! sungguh teringin mahu menjadi cantik seperti dia. ceh! jangan mimpi la kan. sila bersyukur dengan apa yang ada. okey, i bersyukur. cuma i kagum dengan kecantikkan dia. indahnya ciptaan Tuhan kan.

disebabkan teringin nak jadi cantik macam NurFazura ni, i pun tergedik-gedik nak pakai abaya macam dia pakai dalam drama bersiri yang tengah hot-hot kat tv 3 gitu, Tahajjud Cinta. i rasa mesti dapat jadi cantik macam NurFazura kalau i pun pakai abaya. haha! gila tinggi fantasi yang sah-sah tak akan menjadi realiti tu.

tak kesah la mendapat tentangan dari rakan-rakan. korang nak cakap macam makcik-makcik ke, tak sesuai ke, tak kena tema ke, macam baru balik mekah ke, I TETAP NAK HOKEY!. kelihatan agak berkepala batu disitu kan. kadang-kadang i memang macam gitu. >.<

so, apa ditunggu lagi. maka dengan penuh semangatnya i keluar bershopping mencari abaya yang sesuai untuk i yang tak cukup inci ni pakai.



Yeah! lompat-lompat keriangan sikit. akhirnya i jumpa tempat yang sangat sesuai untuk melaksanakan hasrat i yang menggunung nak pakai abaya. orang-orang johor, silalah ke TEWAH TESCO PLENTONG. 

sebenarnya bukan disebabkan Fazura je i tergedik sangat nak pakai abaya. i memang dah lama teringin cuma belum terserlah sangat tahap keinginan tu sebelum ni. tapi sekarang memang dah tak dapat bendung lagi. i rasa macam perempuan baik gitu bila nampak perempuan berabaya. ala-ala suci baru balik dari tanah suci.tapi jangan salah paham. tak semestikan pakaian melambangkan akhlak seseorang kan 100%. itu cuma pandangan luaran je.

sangat banyak pilihan dan sangat murah. harga dalam average RM50 hingga RM130 je. untuk anda-anda yang bersaiz normal memang banyak pilihan. tapi untuk insan yang bersaiz kanak-kanak macam i ni memang berpeluh jugak la baru jumpa saiz 36. itu tu pun dua tiga helai je. sangat kesian kan. 

kesimpulan yang i dapat buat abaya ni orang bersaiz normal je yang pakai. sungguh tak adil! 

 
i sangat suka yang ni. tak harus la tak ada saiz kan. sungguh geram! harga baru RM89.90.

okey dapat dua helai. terus masuk fitting room. aktiviti bila nampak cermin besar harus la bergambar sekeping dua dulu. sangat excited dapat pakai ala-ala NurFazura dan terus send mms pada mr ehem. i decide beli yang gambar pertama tu.

tapi kan! walaupun i jumpa saiz 36, i terpaksa la hantar pada tailor untuk potong kaki dan tangan. tersangat labuh. haiiya!! terserlah kependekkan i. benci tau!


muka penuh kegembiraan dapat abaya idaman. sehelai untuk i. sehelai untuk ina. sehelai untuk mak ina dan sehelai untuk mak mertua ina. 

i nak pakai masa pergi sembahyang raya nanti.

p/s- pelik la kenapa muka i nampak tembam dalam semua gambar? 


#