#

chicken chop lima ringgit @hutan bandar


Assalamualaikum. siapa nak makan yang tempat yang sedap tapi murah sila angkat tangan. okey, konon-konon i nampak la korang tengah angkat tangan tinggi-tiggi tu. mari-mari i tunjuk menu sedap tapi murah tu.


Chicken Grill rm6.50

Lamb Chop rm10.00

Ha! murah kan. itu gambar menu yang i dengan geng merayau cari tempat makan best berbuka puasa weekend lepas makan. Lokasinya kat HUTAN BANDAR, JB. orang-orang Johor memang tahu sangat la tempat ni. memang famous amour kau tempat ni. sentiasa penuh dengan pelanggan. 

Menu favourite kat kedai ni harus la Chicken Chop. harga rm5 je. gila kau murah. mana nak dapat kan makanan sedap menjilat dari dengan harga murah macam gitu. i saja tak nak order Chiken Chop sebab dah pernah rasa. kali ni i nak rasa Chicken Grill pulak. memang sedap! 

makanan masing-masing dah sampai. dah terhidang baik punya atas meja. tergugat iman bila nampak proses kondensasi terhasil di luar gelas-gelas tu. durian belanda untuk i, barli panas untuk aliana, fresh orange untuk tubish & yasir. 


masing-masing tengah menguatkan iman di dada bertahan sementara tunggu azan berkumandang.

okey, sengih-sengih dulu.


setiap kali i datang makan kat sini mesti penuh dengan orang. memang meriah sangat la kan sampai ada yang sanggup berdiri tunggu orang habis makan. 

tips untuk bulan ramadhan ni better la korang datang awal, terus booking meja. nasib i baik hari tu sebab datang awal. lebih kurang pukul 6petang dah sampai. terus order, reserve meja. then pergi merayau-rayau kat taman. bila dah dekat waktu berbuka baru pergi balik. Alhamdulillah order kitaorang dah ada kat atas meja pun.

jangan risau pasal servis kat sini. memang pantas. bukan main cekap lagi i tengok diaorang bekerja. 2 tangan boleh angkat sampai 10 pinggan makanan. kagum betul. 


ni la rupa paras kedai makan chicken chop rm5. okey dah kenyang. jom balik.


#