#

Okid Ria BBQ & Steamboat @JB, jom buka puasa


okey mahu bercerita pasal tempat makan lagi. i paham situasi mereka-mereka yang sewilayah dengan i yang tiap-tiap membayar tukang masak kat kedai. korang mesti pening kan berfikir nak berbuka kat mana tiap-tiap hari. itu la yang tiap-tiap hari buat i pening. penat betul fikir nak makan apa, berbuka kat mana. haiiyooo >.<


i dengan baik hatinya nak share satu lagi tempat makan best untuk mereka-mereka yang duduk area JB. jom jelajah Okid Ria BBQ & Steamboat kat Taman Gaya, JB. restaurant ni disahkan HALAL. 


pembetulan ye, harga yang dalam gambar tu untuk last month dan hari-hari biasa. harga untuk bulan Ramadhan ni rm20 untuk dewasa. untuk bulan Ramadhan ni ada tambahan makanan so dinaikkan harga sikit.


acara mencampak segala lauk pauk dikuali BBQ dan segala sayuran di periuk steamboat


geng makan-makan-makan sampai boroi 


master chef. i suka konsep BBQ steamboat sebab semua orang berpeluang jadi master chef. untuk orang-orang macam i ni kan, korang berpeluang merasa masakan korang yang sedap walaupun hakikatnya kalau masak kat dapur rumah sendiri tak pernah sedap pun. 


kasi zoom sikit.
segala jenis pilihan lauk pauk dan sayuran ada. daging/ayam blackpaper, kari, kunyit, rendang dan macam-macam lagi la. pilihan seafood pun banyak. fresh gitu. seronok betul dapat tengok udang hidup terkuik melentok-lentok atas kuali BBQ tu. 


geng makan-makan lagi sedang tersengih-sengih.


i pun nak jugak >.<


restaurant ni sangat bersih. susun atur perabot pun sangat selesa. memudahkan pelanggan nak ambil segala makanan. pada setiap menu ada ditulis jenis dan namanya. siap tulis atas daun gitu. really creative. tapi sayang i boleh lupa nak ambil gambar benda creative macam gitu. haiiyoo!


masa untuk membayar. bayar di kaunter ye. ini tokey restaurant ni agaknya. cina tapi semua pekerjanya islam. sangat ramah tamah tau. i suka dengan servis kat restaurant. mesra alam. murah, berbaloi dan yang penting HALAL. 


sekian review untuk kali ni. selamat berbuka semua.


#