#

dua hari sebelum Ramadhan




hello peeps =)

Yeehuu!! semalam dah berjaya menunaikan kewajipan hari pertama ramadhan. tahniah kepada diri sendiri dan semua yang sama-sama berjaya macam i. 


okey, nak sambung Yeehuu lagi ni. Yeeehuu!! semalam warga Johor dapat peluang bercuti. jadi para guru serta pekerja lain dapat la bergolek-golek di rumah dengan cemerlangnya semalam. kepada yang kena kerja semalam sila lah jeles ye ^-^ cis! sangat kejam kan. haha


wait! ada lagi ni. semalam i dapat bersahur dan berbuka dengan makanan yang sangat enak hasil air tangan puan zarina, mama kesayangan jantung hati i. sungguh nikmat tau dapat meraikan hari pertama ramadhan dengan kaum kerabat tercinta. sila lah sambung jeles je ^-^


eh! sabar lagi. ada lagi tau. sekarang kan i sedang bergolek-golek sambil menekan-nekan remote control tv di kampung halaman tercinta lagi. Yeehuuu!! tak payah pergi kerja hari ni. esok juga. sungguh nikmat dapat bercuti, berehat-rehat, bergolek-golek macam gini. sila gandakan tahap kejelesan anda ye ^-^


okey cukup la tu. kurang pulak pahala puasa i kalau asyik buat orang jeles kan. cerita pasal aktiviti apabila berkumpul semua kaum kerabat nak menyambut ramadhan la pulak ye. sesampainya kat tanah kedah pagi sabtu yang lepas terus kecoh hingar bingar rumah i. yelah semua suku sakat kaum kerabat dapat berkumpul. dan bila dah berkumpul ramai-ramai haruslah tercetus idea "jom shopping". 


ni saat-saat baru nak panas enjin bershopping. masa ni baru je sampai. sebelum lenguh segala kakitangan harus la buat aktiviti wajib dulu macam gini. 


okey one more. p'qah pun nak masuk jugak. 


dalam fitting room. 
ha kau! sampai tiga orang sekali masuk padahal anies je yang nak cuba baju. 


seterusnya proses pencarian tshirt dan jeans untuk mimie pulak. berKIKILALA la pulak. 


p'qah & anies. bila camera dalam tangan diorang memang harus la berkeping-keping gambar terhasil.


syima


Eh! i pun ada. tengok dah siap bertongkat kepala tu. tandanya sudah penat lor. maklumlah usia dah meningkat, dah tak bertenaga macam orang-orang muda lagi. haha


anies yang tersengih di sana sini.



masa keluar dari rumah matahari tegak kat atas kepala. tapi bila sampai je rumah bulan pulak yang tegak kat atas kepala. sungguh sakan kalau kaum kerabat perempuan berkumpul. sampaikan tercicir la satu-satunya jejaka tunggal kat rumah tu. kesian incik mokhtar. 1 hari kitaorang tinggalkan dia. dia pun sebenarnya suka sangat bila tak payah ikut kitorang kaum kerabat perempuan keluar bershopping.


okey, kena berhenti menaip-naip dulu. i mahu menolong apa yang patut kat dapur tu ye ^-^




#