#

Nuffnang Celebrates Blogday!


hello peeps! Happy Eid Mubarak & Happy Independent Day! 
Syukur semua warganegara Malaysia dapat sambut dua events yang sangat besar hari ni dengan aman damai. bukan main meriah lagi sana-sini sambutan hari raya dan hari kemerdekaan. perut i pun tengah berteriak Yeap Yeap Hureey je ni. Alhamdulillah.
31 August 2011. it's today darling! ada lagi peristiwa best berlangsung hari ni tau. Jeng Jeng Jeng. apa tu? it's 6th Blog Day darling!


dengan penuh penghormatan, i berasa sangat seronok untuk recommend enam blog yang i suka baca kepada korang-korang semua. seronok kan dapat tukar-tukar apa yang kita suka. bukan setakat tukar-tukar rasa biskut raya yang enak-enak je. tapi hari ni dapat tukar-tukar bahan bacaan yang seronok-ronok juga.
kenapa suka belog Ayeem Ayam?

>>sebab belog Ayeem Ayam banyak tutorial yang berguna untuk insan-insan buta IT macam i. banyak yang i belajar dari belog Ayeem Ayam. sungguh mulia tau dia ni. tak lokek ilmu, kongsi sama-sama.
 
>> banyak gambarajah cartoon, flash yang comel lotey dan sangat menghiburkan hati i. seyes i cakap boleh hilang stress tau bila baca benda-benda yang buat hati rasa geli-geli.

>>idea Ayeem Ayam tulus dari hati dan kepala. suka betul baca entry yang buat i tiba-tiba senyum sorang-sorang. benda-benda yang ditulis tu sebenarnya remeh-temeh je pun, tapi semuanya sangat close dengan kehidupan kita. so it's fun!

# YanaYonet
 kenapa suka belog YanaYonet?

 >> sebab YanaYonet sangat bebas bercerita pasal perasaan dia pada orang yang dia sayang. tak ada sembunyi sorok-sorok dia menulis kisah suka duka cinta dia. terus terang i cakap, i kagum dengan keberanian dia meluahkan rasa cinta. dia buat belog ni medium untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati dia pada buah hati. i suka. sangat berterus terang & sangat sweet! . tulisan YanaYonet buat i rasa lagi confident untuk tunjukkan sayang i pada orang yang i sangat. thanks YanaYonet.

>>sebab YanaYonet was really awesome bila berdepan dengan camera. rasa nak cubit-cubit je pipi gebu dia tu. >.< tetiba je pulak nak cubit pipi anak dara orang.

kenapa suka belog Sam Posmen?

>>sebab Sam Posmen tulis berdasarkan apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar. kemudian kongsi dengan orang lain dan belajar sama-sama. ala-ala idealogi Confucius gitu kan. sifat manusia sentiasa perlu di ingatkan dengan apa yang terjadi baru la tersedar. bila baca belog Sam Posmen, i dapat bermuhasabah diri. tak semestikan bermuhasabah diri ni bila tulisan berbentuk keagamaan je. tapi tulisan pasal kesedaran sivik tu pun sangat membantu tau.

kenapa suka belog ARCX13?

>>sebab dia kat New Zealand dan i tak pernah pergi sana. seronok tau baca cerita orang kat luar negara. haruslah i menjadi batak dan sangat teruja dengan cerita dan gambarajah salji penuh kat luar rumah kan.

>> point pertama tu tak penting sangat pun sebenarnya. yang paling i suka mestilah sebab tulisan yang disampaikan super best, kelakar, berilmu. pendek dan panjang kata menyeronokkan la. setiap kali ada entry terbaru dan terkini memang wajib i baca. tak boleh ketinggalan hokey!

# Fyna
kenapa suka belog Fyna?

>> sebab dia cantik jadi i pun nak jadi cantik macam dia. haha boleh ke gitu? boleh sebab dia sangat baik hati suka share tips cantik dengan blogger lain. request je nak tips belit shawls, toreh mata, calit-calit makeup kat muka semuanya boleh. memang boleh jadi cikgu kecantikan terhebat la.

>> belog Fyna best sebab banyak product yang bagus di review. product yang di review tu pulak senang dapat dan berpatutan harganya. so, orang standard biasa macam i ni mampu la nak beli. yang bestnya kadang-kadang Fyna siap sediakan tutorial nak gunakan product tu sekali tau.

# Silampuneon
kenapa suka belog silampuneon?

>>sebab ada banyak info dalam belog ni. info yang sangat berguna pulak tu. lebih-lebih untuk para guru. macam-macam idea berkaitan pendidikan ada. perghh!! tiba-tiba ayat jadi skema bila tulis pasal pendidikan kan. Rancangan mengajar, contoh soalan semua ada. i suka sangat! para guru, i memang suggest belog ni untuk anda semua >.<



okey, dah pun recommend enam belog yang i suka dan insyaAllah akan sentiasa tunggu mereka update. kalau suka dengan belog diaorang sila la tekan link yang i dah share tu. bubye >.<


#