#

4D3N at Aonang Princeville Resort



Assalamualaikum . 



Hello readers :) Alhamdulillah awal bulan December yang lepas segala perancangan honeymoon i dengan Adin dapat dilaksana dengan lancar. Adin? hihi. first time kan i terus mention nama dia. sebelum ni malu-malu meow konon asyik sebut Mr Ehem je. since dah sah jadi suami, so adalah lebih manis untuk mention terus nama Adin dalam belog i. 


Berbalik pada cerita honeymoon. Pasal honeymoon ni Adin je yang banyak main peranan sebenarnya. Sebabnya dia sendiri yang tak nak i menyibukkan diri. tapi sebenarnya memang hobi i hokey membuat perancangan. i love being organizer. haha. Selepas membuat calculation dan memikir beberapa perkara kami buat keputusan untuk berbulan madu di Krabi. 


Perkara penting untuk berbulan madu mestilah mencari tempat penginapan yang sesuai. General kot makna sesuai tu. Untuk pengalaman honeymoon kali pertama, I dengan Adin prefer resort yang :

dekorasinya romantik, 
terletak di tengah pusat perniagaan 
berdekatan pantai
menyediakan pakej aktiviti
Dan paling utama adalah HALAL. 

So pilihan kami adalah Aonang Princeville Resort




Alo-alo romantiknya swan kissing pulak. haha



katil yang selesa . 




ruang bersolek yang selesa.



ruang melepak-lepak yang luas. 



Bilik air yang luas dan selesa . 


Restaurant di resort ni mendapat sijil halal. Cerita tentang restaurant dalam entry yang berikutnya lah ye. terlebih panjang pulak kalau nak cerita dalam satu entry. 


Dekorasi keseluruhan bilik dan resort memang kena dengan kehendak kami. Then resort ni terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan Aonang. keluar je pintu resort terus ada deretan kedai yang tak puas-puas korang nak merayau. then resort ni jugak terletak betul-betul depan pantai. memang tersangat senang nak berdua-duaan di tepi pantai tak kisah la siang ke malam. 


Seterusnya resort ni ada sediakan beberapa package honeymoon iaitu penginapan, makan, aktiviti dan spa. All in one gitu. Dah tak payah nak lecehkan diri fikir mana nak tidur, kat mana nak makan, aktiviti apa nak buat, bla bla bla. Lagipun harga untuk package all in one lebihkurang je dengan pilihan secara backpaker. 


4D3N honeymoon package : 

Welcome refreshment upon arrival 
Transfer from Krabi Airport to Aonang Princeville Resort.
Dialy breakfast at White Orchid Restaurant.
3 nights accomodation in a Deluxe Room.
One Day Phi Phi Island by speedboat, lunch, soft drink, snorkelling, guid and insurance( join tour).
Half day Adventure rafting & elephant trek (Join tour)
Thai set dinner at White Orchid Restaurant.
Romantic Seafood dinner at white orchid restaurant.
One spa package at Princeville Spa for 2 persons.
Transfer in / out from Aonang Princeville Resort to Krabi Airport (private transfer)
Tour include: Snorkel, Mask, Drinking water, Lunch, Fruit, Admissinon fee, Accident insurance, Life Jacket, Hotel transport and english speaking guide


Total keseluruhan untuk package ni adalah RM2000 (peak season ) dan RM1500 (low season ). Kalau nak murah adalah sangat dicadangkan pergi waktu low season. Terus terang i cakap resort yang kami tinggal ni rate nya agak tinggi dari resort lain. reason paling utama adalah kerana Aonang Princeville ni terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan Pantai Aonang. 


Jangan risau tentang resort sebab kat sana tersangatlah banyak pilihan. dari yang tak ada bintang hinggalah berbintang-bintang. sama ada terletak berdekatan Pantai Aonang ataupun di bandar Krabi. Gunakan booking.com or agoda untuk dapat rate yang lagi rendah. selain tu rajinkanlah diri usha web Groupon sebab memang sentiasa ada je promo resort kat situ. Kalau bernasib baik siap boleh dapat resort yang ada private pool hokey! Oh bestnya! sangat cemburu dengan mereka yang stay kat resort-resort sebegitu. Tak ada rezeki untuk kami stay kat resort sebegitu sebab semuanya dah full booked. 


Okeylah, yang lain-lain nanti i cerita ye. Daaa :)



#