#

REVIEW: Cupcakes Hantaran




Assalamualaikum . 


Teruskan dengan sesi review cerita kahwin. Kali ni bab cupcake hantaran dari pihak I kepada pengantin lelaki. Tema yang I pilih haruslah cikgu cikgu gitu. I prefer fondant cake untuk hantaran sebab lebih kepada deco yang cantik dan kebolehtahanan. 


Sebelum buat tempahan I dah pun buat survey lebihkurang 10 bakery sekitar Kedah. semuanya melalui  internet je. Paham-paham jelah bila pengantin duduk  jauh nun di selatan kan, jadi terpaksalah semuanya dihujung jari je. 


Dan akhirnya I berkenan dengan kreativiti TIARACUPPIES



I request 9 cupcakes tema cikgu. Bila cupcakes ni sampai je kat depan mata terus jerit Homaiigoodd!! comel kan? kan? kan? kan? *takpayahnak ngadatanyabanyakkaliler! Over kau kan bila tengok benda comel. 


Sangat berpuas hati dengan hasil tangan Akak Ris ni. Sangat kena dengan kehendak I. Akak Ris ni dari Alor Star. Selain offer khidmat buat kek dan cupcakes, khidmat mengajar buat kek pun ada. Sangat senanglah deal dengan Akak Ris ni. Boleh check out link TIARACUPPIES untuk tengok kek-kek comel lain yang akan buat korang sangat geram sehingga gigit-gigit jari :)


Okey lupa nak habaq harga 9 cupcakes ni hanya RM60.00 sahaja. gila murah nyah! 







#