#

Resepi Popia Inti Pisang Bersalut Nutella



Assalamualaikum . Selamat Petang :) 


Semenjak dah kahwin terus gatal tangan nak update resepi.  Konon dah pandai dan rajinnnnnn sangat ke dapur kan. Gila kau psycho bila kakak ipar, adik ipar pandai masak. Huishh malu den bila mak mertua dengan terang terangan keluarkan ayat fakta "syida tak pandai masak!". 


Dipendekkan cerita petang ni i nak berkongsi resepi sesuka hati yang baru dicipta. Bab bagi idea makan benda-benda sedap memang i hebat. Tapi bab melaksanakan idea tersebut masih lagi pada tahap  kurang hebat. Idea ni datang dari Pancake Krabi. Then ditambah oleh housemate baru yang pandai giler masak. Syok wooo dapat housemate baru yang pandai masak. 


Resepi Popia Inti Pisang Bersalut Nutella



Bahan-bahan :

Kulit Popia
Pisang
Roti
Nutella
Minyak Masak


Cara-cara :

1. Ambil kulit popia
2. Letak inti roti yang telah disalut dengan Nutella
3. Letak pisang yang dibelah 2
4. Gulung kulit popia tersebut
5. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan



Siap sedia untuk dihidangkan. Sangat sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang. Selamat mencuba :) 




#