#

Jalan-jalan ke Batam



Assalamualaikum . Hai semua :)


Sebelum jadi isteri orang november lepas, I dengan geng best friend forever  pergi bercuti ke Batam, Indonesia. Lagi sesuai kalau dipanggil percutian sehari. Memang dah lama plan nak jalan-jalan ke Batam tapi asyik tertangguh dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. 



Finally, Alhamdulillah  berjaya jugak curi masa untuk ke Batam.  Perjalanan dari The Zone, Stulang ke Batam lebih kurang satu jam empatpuloh lima minit. Harga tiket untuk round trip lebih kurang RM110 . Kami naik feri paling awal pukul 7.30 pagi. Masa kat Batam awal satu jam dari Malaysia.



Masing-masing tengah excited tak mau tidur dalam feri semata-mata nak menikmati pemandangan. Sanggup berpanas kat bahagian atas feri pulak tu. Di kiri pemandangan negara Singapura, di kanan pulak pemandangan Malaysia. teleng kepala ni padang kiri kanan . haha. 




Sampai ke Batam kami terus ke DC Mall. Lokasi wajib kalau ke Batam. Sebelum memulakan aktiviti jalan-jalan dan membeli-belah haruslah isi perut sekenyangnya dulu. Must try mee ayam macam dalam gambar tu sebab sangat sedap!! .


DC Mall pusat membeli-belah pertama yang kami tuju. Fokus barangan kat sini adalah telekung, baju batik, tudung. kesimpulannya adalah pakaian. Harga memang jauh lebih murah dari pasaran Malaysia.  
Tapi i tak sure pulak kalau nak dibandingkan dengan Bandung dan tempat shopping lain di Indonesia. 

Pening jugak mengira duit beribu-ribu masa nak membeli. RM1 convert ke rupiah adalah lebihkurang 3181rupiah. terus jadi jutawan. dompet pun tiba-tiba je jadi tebal. Masing-masing berjaya keluar dari mall dengan beg plastik yang penuh isi :)



Lokasi kedua adalah Nagoya Hill. Kat sini syurga untuk shopping barangan berjenama. Tapi tiruanlah ye. sebut je nak Prada, Lv, Coach semuanya ada. Penduduk Singapura memang tersangat ramai yang datang shopping kat sini. Jadi matawang dollar singapore pun diterima. Kami cuma cuci mata je kat sini sebab masing-masing tak berminat nak beli apa-apa. 


Alam Semesta semuanya ada . 






Makan tengahari di Warung Cobai dalam Nagoya Hill. Tersangat banyak kedai makan dalam mall ni. pilih je mana yang berkenan dan ada meja yang kosong. Boleh tahan ramai orang datang shopping kat mall ni. 



Ole-ole Khas Batam yang popular dikalangan pelancong. Banyak cawangan kedai ole-ole ni di sekitar Batam. Kami beli kek pisang sebagai ole-ole. rasanya not bad :)



salah satu ole-ole untuk cikgu kat sebelah meja i. 


Dalam masa sehari je kami dapat pusing bandar Batam dengan sepuas hati. empat shopping mall yang berjaya kami jejak. Tapi DC Mall dan Nagoya Hill je yang berbaloi untuk pergi. yang lain-lain mendukacitakan. Mall kat sini banyak tapi tak menarik. 




Tips bercuti ke Batam :

# Gunakan van sebagai pengangkutan sebab tersangat murah. lebihkurang RM2 untuk perjalanan dari mall ke mall berbanding teksi RM12. jauh beza kan harganya. 

#kena bertegas dengan pujuk rayu paksaan pemandu teksi dan van tak kiralah di luar shopping mall atau di jeti. jangan risau sebab pengangkutan sangat banyak kat sana. banyak pilihan. Lagi satu kena tawar menawar sikit harga tambang. 

#Beli terus tiket balik sekiranya korang nak balik  pada hari ahad sebab feri dari Batam ke The Zone akan sesak  dengan penumpang. 

#tukar duit di Batam sebab rate kat sana lagi menguntungkan dari rate di Malaysia. Dan jangan tukar di money changer The Zone. rate nya tinggi. 

# masa membeli-belah pandai-pandailah buat ayat tawar-menawar yang paling comel untuk dapat harga paling rendah :)



sekian, wassalam :)


#