#

REVIEW : Majlis Pertunangan



Assalamualaikum . 


Review seterusnya adalah majlis pertunangan. Majlis ni berlangsung dengan sangat simple memandangkan kami memang merancang untuk buat majlis pertunangan pada hari yang sama dengan majlis nikah. 



Alhamdulillah dapat jugak merasa jadi tunangan orang walaupun lebih kurang 4, 5 jam saja. Perasaan? Weeehhuu dah bertunang. haha. Okey i ada pengakuan ikhlas ni. sebenarnya i lagi rasa berdebar & malu meow masa majlis bertunang berbanding majlis nikah. memang gelabah habis weyh masa abah panggil keluar dari bilik untuk sarung cincin. Nasib baik berjaya control cun tak terpijak kain dan jatuh terguling. 


Majlis berlangsung lebih kurang pukul 5 petang. Tetamu pun tak ramai memandangkan ini majlis antara keluarga je kan. I pun tak sure apa yang dibincangkan sebab i ada dalam bilik dan tengah bergedik posing dengan adik beradik. Seterusnya mak mertua sarungkan cincin.   Settle salam dengan semua terus bergerak ke khemah untuk jamuan makan. simple je kan. 



Makeup secara sendirianberhad je then ditouch up oleh bestfriend i, farah. 

Bab baju yang paling bernilai pada i sebabnya baju tu mak i pakai 27 tahun yang lepas masa majlis bertandang ke rumah abah. Gila penuh sentimental value dapat pakai baju mak. paling best ukuran baju tu memang ngam-ngam je dengan badan i. I  just upah tailor jahitkan lining untuk tangan sebab baju tu agak seksi. paham-paham jelah orang dulu kan. then i upah tailor jahit kain kembang sebab dulu mak pakai dengan songket. Tak sangka sangat dapat pakai baju tu untuk hari bermakna i. masa kanak-kanak rebina dulu selalu curi-curi pakai baju tu walaupun masa tu mengelebeh tahap sapu lantai .



Acara sarung cincin :)


Bersama adik beradik yang penuh warna pink. Baju diorang dari material saree. Ini baju yang kitaorang pakai masa hari raya Aidilfitri yang lepas. jimat budget tak payah buat baju banyak-banyak. haha..


Mr Ehem pun pakai baju pink jugak hari tu. tapi sayangseribukalisayang terlalu sibuk sampai tak sempat bergambar dengan dia. Kemain rumit tau nak mencari kemeja pink untuk dia. apa-apa pun sangat terharu sebab dia layankan kerenah i nak jugak pakai warna pink ;)



Gambar gedik-gedik dalam bilik yang wajib ada . 



bersama wanita kuat, gigih, ringan tulang, kakak, kawan dunia akhirat :)



Inilah tunang i. hensem kan ? haha. ini Adam, my lil cousin yang gebu. Oh ! sangat jeles dengan keputihan dan kegebuaan Adam.





sekian review untuk majlis pertunangan :)




#