Assalamualaikum !
Happy Chinese New Year!!! boom boom bomm!! itu bunyi mercun ye. tersangat la penat tapi syok hari ni. yelah sangat menyambut Chinese New Year kan walaupun sedar diri mata langsung tak sepet pun. kulit pun tak ada unsur putih gebu langsung. kata 1 Malaysia. so tak salah la kan walaupun i yang berwajah melayu tulen ala-ala perempuan melayu terakhir ni celebrate CNY jugak.
eh, i tak pergi raya pakai cheongsam yang seksi meksi nampak peha gebu i tu pun. pakai baju kurung pergi beraya dari rumah apek ke rumah amoi pun bukan. no! no! no! i cuma merayakan cuti umum sempena CNY je. dah dapat peluang cuti umum, harus la dirayakan dengan sepenuh raga.
dengan penuh ketidaksabaran i bangun awal-awal pagi lagi tercongok kat depan pintu tunggu geng zaman sekolah menengah dulu datang ambil i. plan hari ni adalah berkumpul di titi hayun. tempat apa la pulak tu kan. rujuk gambarajah di bawah ye.
Alhamdulillah plan berjalan lancar. dan objektif telah tercapai. dapat berjumpa, berborak, berendam, bergambar, membakar ayam serta ikan, makan dengan kenyang dan dapat kad kahwin. bukti-buktinya adalah seperti yang dilampirkan pada lampiran berikut : jom usha amoi pakai cheongsam nampak peha gebu
aktiviti berjumpa ala-ala jejak kasih. "lamanya aku tak jumpa hang. awat hang makin kecik. perut aku buncit habaq hang". konon-konon macam gitu la diaolognya sambil berlaga-laga pipi gebu.
aktiviti berborak sampai lenguh lidah. " ex-boyfriend aku tu memang tak guna. aku lega sangat la dah clash dengan dia habaq hang". hahaha. dialog yang direka semata-mata.
aktiviti berendam macam puteri dan putera duyung.
aktiviti penggambaran. padahal terkinja-kinja suruh orang lain tolong ambil gambar i tadi.
Aktiviti makan sehingga kenyang. murah dengan rezeki betul hari ni. thanks ye rakan-rakan ku yang sudi menaja dan menjadi chef.
dan inilah bakal pengantin yang sibuk agihkan kad undangan tadi. selamat menjadi pengantin baru *__*
dah puas tengok amoi pakai cheongsam kan. okey entry tamat. *__*