#

karangan cinta murid tahun 1

Assalamualaikum. 


jom baca hasil rampasan surat cinta ketua dan penolong ketua darjah. kawan i Adila yang mengantoikan merpati dua sejoli ni tadi. sila percaya yang kanak-kanak lelaki dan perempuan ini baru berumur 7 tahun ye. 


menggatal betul merpati dua sejoli ni. waktu cikgu tengah mengajar, boleh pulak diaorang main passing kertas tulis mesej cinta. bila dah kantoi, mula la keluarkan babak air mata. saat terindah bila boleh gertak diaorang ni dengan ayat "cikgu bagitau mak ayah kamu". 





sambungan pada muka surat belakang :



satu bilik guru kecoh bergelak bila baca surat cinta budak yang belum akil baligh ni. apa-apa pun tahniah kepada cikgu BM diaorang. pandai diaorang ni berbalas surat cinta. advance kau dah boleh buat karangan jenis dialog. hahahaha *__*


sangat merancang masa depan kan diaorang ni. nak kahwin umur 20 tahun. cikgu yang dah umur 25 tahun ni pun belum fikir pasal kahwin. okey, cikgu tipu. dah fikir sebenarnya. tapi jodoh belum sampai *__*. 


kembali ke kisah murid itu ye. tempat berdating kat taman. bagus pemikiran diaorang ni, nak jimat kos tak payah tengok wayang. paling best, makan biskut harimau je. kau tahu tak biskut apa tu.. ? ala biskut tiger tu. saving kan. tak payah membazir berdating macam cikgu. makan tak beragak. asal dating je nak makan kat kedai mahal. i got it! patut la sampai sekarang cikgu belum kahwin. cikgu tak merancang masa depan macam diaorang ni masa darjah 1 dulu. 



#