Assalamualaikum.
i sangat menghargai mereka-mereka yang sudi follow belog merapu entah apa-apa i ni. Ceh! cara tulis macam la follower dah mencecah ribu riban lemon, padahal boleh kira dengan jari je. tiba-tiba je terasa feeling ala-ala ramai orang suka. dush!! statement menyampah pernah dikeluarkan oleh i kan. sumpah, i tak keluarkan statement ni lagi.
biasanya bila i nampak ada follower baru, i akan cepat-cepat kelik follower tu then i akan menjenguk blog dia. biasa la jumlah follower sikit, boleh la perasaan pertambahan follower baru walaupun seorang. i sangat paham situasi blogger glamor yang ada beribu, juta follower. mana la nak perasan pertambahan follower baru. pening tau bila nampak angka-angka yang banyak. kau setuju tak?
kembali ke kisah belog i, bukan belog blogger glamor. semasa dalam proses i kelik follower baru i tu, tiba-tiba i tersangkut dalam masalah.
cuma ini je yang keluar. cuma ada nama belog tapi tak ada links belog tu. dush!! macam mana i nak merayap ke belog orang tersebut kalau tak ada links. i pun menangis kesedihan kerana hasrat i nak melawat follower i itu terbantut. okey, part ni cerita tipu je *__*
ha ini la contoh follower yang bagus. haha. mengambil contoh diri sendiri pulak. sungguh gila kuasa dan gila glamor. tapi habuk pun tak ada. *__* Links tu penting untuk membolehkan i melawat korang. budaya ziarah menziarahi tu kan amalan mulia. bila dah menziarah boleh la i jadi follower korang pulak.
kepada mereka yang tak tau macam mana nak mewujukkan links tersebut, mai sini i ajarkan. follow je langkah kat bawah ni =)
pernah nampak page ni? harus la pernah nampak kan. kalau tak macam mana u follow i. okey, pergi kat MORE OPTION tu. kelik ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
maka ini akan terkeluar. sekarang kelik kat ADD LINKS tu pulak. masukkan kan url belog korang dan nama belog korang. dah pun siap. ha sekarang teruskan mengelik FOLLOW. tak lama kemudian i pun akan menziarah belog korang.
sekian terima kasih *__*