Assalamualaikum!
mood kembali bekerja dah pun sampai nampaknya. i dah pun ada kat johor hari ni. bukan main bersesak lagi sepanjang highway semalam. macam-macam perangai driver boleh nampak. tak sabar-sabar nak sampai. habis kiri kanan mencelah. dan memang cepat la diaorang sampai kan, kena heret dengan tow truck lepas tu. emosi lebih pulak pasal hal semalam kan. haha..
mood hari ni nak tulis pasal tips CINTA. tapi bukan untuk menggalak dan menyuburkan. i nak tulis pasal benda yang sangat la setiap pasangan takut. mengesan perubahan dan mengkantoikan pasangan korang! haha.. seram tak? tak kisah la lelaki or perempuan, i rasa tips ni sesuai je untuk semua jantina. tapi disebabkan i perempuan, so harus la i memberi contoh pihak lelaki yang membuat onar di sini ye. harap paham *__* tiba-tiba je i dapat idea nak tulis benda ni pagi tadi. i tulis ni berdasarkan apa yang i pernah baca, pengalaman kat dalam drama, pengalaman kat dunia diri sendiri dan orang lain kat dunia sebenar.
contoh perubahan sikap si dia yang korang patut alert. perubahan sikap ni maknanya dulu dia lain, tapi sekarang dah lain.
# si dia mula mengambil masa lebih kurang 20minit hingga 30minit untuk membalas setiap mesej kepada korang. kalau dulu tak sampai 2minit pun dia dah balas mesej. itu pun ayat macam malas je nak reply.
# at least dia reply gak tu kan. ni kes lagi parah. kadang-kadang dia tak reply langsung pun. esok pagi baru reply dengan keadaan tanpa rasa bersalah langsung.
# dah tak ada mesej I LOVE YOU, I MISS U. jangan mimpi la nak dapat mesej macam gitu sekarang. padahal dulu selalu dapat surprise dengan mesej-mesej ala-ala manja macam gitu.
# si dia dah tak buat perkara wajib yang dia buat sebelum ni. contohnya send mesej good night kepada korang setiap kat sebelum tidur.
# selalu bagi alasan handphone tengah cas, handphone tertinggal kat dalam bilik, handphone tertinggal dalam rumah. padahal korang memang kenal sangat dia tu. tak pernah berpisah pun dengan handphone.
# bil telefon dia mencecah angka ratus, padahal korang buat plan celcom apa benda entah tu. ala yang unlimited call & mesej tak pun plan maxis or digi or apa-apa plan la yang untuk couple tu. free kot kalau dia contact korang. persoalannya, macam mana bil si dia boleh sampai ke tahap ratus sedangkan bil korang tak macam gitu pun.
# masa kat kedai makan, si dia tak kan letak handphone atas meja sebab takut korang check.
# si dia sangat alert dengan handphone. tak kan ditingalkan merata tempat bila dia dengan korang. si dia mesti akan sorok handphone. kenapa si dia buat macam gitu..? again, mesti la sebab takut korang check.
# dah banyak sangat rasanya berkaitan handphone. so move ke laman sosial pulak. bukan main ramai lagi kawan perempuan si dia sekarang ni. agaknya setiap hari si dia add or approve perempuan-perempuan kat Facebook tu. asyik bertambah je jumlahnya.
# si dia sentiasa online, boleh dikatakan sepanjang masa yang dia ada la. tapi korang tak tahu pun apa yang dia buat. tak kan download lagu je sepanjang masa. kalau betul mesti jumlah lagu dalam mp3 si dia dah beratus-ratus kan.
# seterusnya, si dia banyak habiskan masa dengan kawan-kawan. nisbahnya lebih kurang 8:1. 8 jam untuk kawan-kawan dan 1 jam untuk korang. sila berfikir ini ye = betul ke si dia habiskan masa dengan kawan-kawan dia..?
# si dia mula complain pasal fizikal korang sedangkan dulu si dia selalu cakap "sayang paling cantik, cun melecun. tak ada apa pun nak kena ubah lagi" tapi sekarang " sayang kena kurangkan makan la. badan sayang dah bertambah tembun tu" tak pun si dia cakap " sayang kena makan banyak. pagi, tengahari, petang, malam, tengahmalam. badan sayang ni kurus sangat la". nampaknya si dia dah nampak kekurangan korang.
i rasa macam dah banyak je yang i taip. lain kali kalau idea lain i tambah lagi. so kalau perkara-perkara tu terjadi apa yang patut dibuat ye. dah pasti la menangis. haha. macam tak ada benda lain nak dibuatkan selain menangis. hello, rasa tenang tau bila dapat menangis. okey, untuk perempuan jelah tu. i rasa better muhasabah diri. fikir kenapa si dia berubah macam gitu. mungkin dia berubah sebab korang pun dah berubah. jangan terus nak syak dia curang.
tapi seandainya memang semuanya elok je pada pihak korang. sila la bersyakwasangka. cuba tanya kenapa dia berubah. si dia dah bosan dengan korang kah? si dia sudah ada pengganti kah? si dia memang betul-betul sibuk kah? jadual hidup si dia sudah berubah kah? si dia diserang penyakit kah?
cuba berbincang dengan cari paling baik. ibarat tarik rambut dalam tepung. bila hati korang dan hati dia sama-sama tak sakit. cuba cari jalan terbaik untuk buat hubungan korang mekar berkembang balik. pesanan untuk kedua-dua pihak.
untuk si dia = kalau masih sayang hubungan bersama pasangan anda, sila jujur. jaga hati dia sebaik mungkin. tapi seandainya hati korang sudah berubah, sila berterus terang. buat pilihan. jangan terus sakitkan hati pasangan korang. ye i tau konsep lelaki " kalau boleh dapat dua, buat apa nak buang satu kan". i ingatkan kat sini, jangan mainkan hati orang. terus terang jelah, sekurang-kurangnya hati dia akan sakit sekali je dan dia boleh mulakan hidup baru lepas tu bukan diperbodohkan sepanjang masa.
untuk korang = cuba baiki kelemahan diri. contohnya perangai cemburu buta, suka melayan, apa-apa yang boleh sakitkan hati pasangan korang la. ambil hati dia semula macam zaman baru-baru bercinta. dan seandainya betul si dia dan berubah hati, terima hakikatnya. harus la datuk nenek segala sedih kan. tapi anggap itu yang terbaik. bangun balik dan cheer up your life *__*
sekian, terima kasih *__*. layan lagu tema untuk hari ini :