Assalamualaikum!
update kali ni semata-mata nak tayang purses baru i. memang dasar spesis riak. semua benda nak tayang kan. *__* sebenarnya i bukan nak tayang je, i nak cerita yang purses lama i dah daif sangat. dah tahap sedih sangat bila orang memandang. "eeee, buruknya purses dia, mesti ada seposen je dalam purses dia tu kan. kesian kan. kita panggil bersamamu lah tolong dia". tu sekadar imiginasi i je. i tak sure la orang ramai akan cakap macam tu ke tak.
akhirnya telah disampaikan seru kepada i untuk tukar purses baru. inilah rupa parasnya. bukan main cerewet lagi memilih. itu tak kena, ini tak kena. "eh, tak nak la yang ni poketnya sempit sangat macam adnan sempit", "i suka yang warna pink ni, tapi lebar sangat la korang", " ala, kenapa warna hijau pulak, i dah berkenan dengan design ni", "i nak yang nipis tapi tebal ckit, bukan yang tebal sangat tau"
okey, kalau i teruskan buat dialog lain harus la mereka-mereka yang ada sebelah i waktu tu campak i dari bangunan tingkat 5 kan. dah puas arm dengan tubish temankan i masuk semua kedai dalam bangunan KSL City, akhirnya jumpa jugak yang berkenan. i rasa kan, mesti arm dengan tubish dah baca ayat penerang hati then tiup kat telinga i waktu tu. haha.. kesian diaorang, dah la baru lepas penat jawab soalan interview, lepas tu penat nak melayan kerenah cerewet i yang berbagai ni.
sampai je kat rumah terus masuk bilik. kunci pintu bilik. haha. mengalahkan bawak duit 1 juta je pulak nak kunci bilik. padahal cuma nak masukkan segala khazanah dalam purses baru je pun. punya la adjust sana-sini, alamak!!! kenapa i ada banyak sangat kad ni. tak cukup poket la pulak. terpaksa la i sumbat kad-kad yang berlebihan tu kat dalam compartment berzip tu. dan terpaksa jugak la i buang kad-kad yang agak tak berguna. banyak lagi tau sebenarnya kad-kad i. dah memang hobi i buat kad semua kedai, konon-konon best dapat diskaun. *__*
selamat tinggal purses uzur yang dah banyak berjasa pada i. puan zarina yang hadiahkan pada i ni dulu. dah carik rabak pun. sob, sob, sedih pulak.
i dah campak dalam bakul sampah pun. kemudian majlis bandaraya dah humban dalam lori sampah. kemudian purses ni dilonggok kat tempat pembuangan sampah. oh tidak!! sungguh busuk. kemudian di hantar ke pusat kitar semula, aduh!! sakitnya badan purses ni bila dilenyek segala bagai mesin. kemudian purses baru telah dicipta, dijual dipasaraya. dan i pun telah bertemu semula dengan purses baru pada hayatnya yang baru. i pun berkenan, dan terus beli. kami hidup bersama selepas itu dengan bahagianya.
okey, tamat cerita dongeng. *__*