ha macam mana. kan ikan di laut boleh terbang, bukan setakat masuk dalam kuali bertemu dengan asam je. ini la hasil yang i dapat kat pasir gudang kite festival 2011. suka betul i dapat tengok layang-layang besar ni terbang kat langit.
i suka suasana melepak kat padang, dongak ke langit nampak benda-benda cantik. wah, tenangnya. kalau boleh tiap-tiap hari i nak melepak kat padang lepas tu dongak ke langit. dapat tengok awan je pun dah cukup. tapi sayang, tak ada siapa pun nak teman i buat macam gitu. nak pergi padang sorang-sorang rasa macam orang tengah meroyan putus cinta pulak.
pemandangan dari luar pagar. masa layang-layang besar ni dilepaskan seluruh kawasan padang dipagar. so kitaorang dapat tengok dari luar pagar jelah.
gambar-gambar dari luar pagar. episod jejak kasih bersama geng cikgu sejohor. lupa pulak, bukan geng cikgu je tapi sekali dengan baby kiut, UJ. UJ stand for Umar Jailani. nice name right. tak sangka kan i dah jadi untie. haha. tiba-tiba rasa dah tua pulak.
then bila layang-layang besar dah mula diturunkan, berduyun-duyun manusia masuk ke padang. termasuk i la tu kan.
suasana di tengah padang yang penuh dengan orang dan layang-layang kecil beterbangan. sangat best! next year i nak pergi tengok layang-layang lagi. InsyaAllah *__*