#

3 idiots the best. tayangan akhir tahun yang best


Assalamualaikum!


Salam tahun baru kepada semua. malam tahun baru ni i melepak kat rumah je, tak kemana-mana pun. sebenarnya i macam tak berapa terasa sangat yang esok dah masuk tahun 2011. kalau tv tak tayang cerita best-best sempena tahun baru mesti i tak terasa langsung esok dah tahun baru. sungguh ketara seperti putera katak di dalam akuarium kan. haha..


kau tengok tak cerita 3 idiots?.. serius sangat rugi kepada korang yang tak tengok. gila kentang, gila-gila. memang sangat best! okey, tengok promo dulu.



search youtube sendiri la kalau nak tengok yang lain-lain. pada yang belum tengok, i suggest sila download cerita ni. 


sesungguhnya i ni kategori makhluk yang tak berapa minat nak tengok hindustan. paham-paham la kan. oh tidak! sangat bosan bila tengok aksi gaduh tumbuk terajang pukul. senjatanya pulak kayu hoki. lepas tu bila happy menari guling-guling kat taman. lepas tu main kejar-kejar dalam gerabak keretapi. tu belum cakap pasal menari tukar sepuluh dua puluh helai baju. okey i propa je yang sampai dua puluh helai baju tu. 


tapi! hati i sudah tersangkut bila tengok 3 idiots. sekali lagi i cakap ye MEMANG BEST! still ada adegan mari menari dan bernyanyi sambil menukar baju. tapi jalan cerita 3 idiots ni sangat menarik dan buat i gelak tanpa henti. then setelah gelak sampai sakit rahang, tiba-tiba ada part sedih. menakung jugak air mata i tadi. sesudah air mata bertakung, kembali bergelak dengan sangat girang. 


pelakonnya amir khan dengan karena kapooor. tu jelah yang i kenal. haha. nampak sangat i buta hindustan kan. okey what, at least ada jugak yang i kenal kan. *__* dah dua kali i tengok ni. tapi serius, tak jemu. rasa excited nak tengok untuk kali ketiga dan seterusnya. tiba-tiba jadi peminat fanatik pulak kan. terima kasih pada astro fiesta sebab tayang cerita ni. dah tiga kali ulang ni. dan sekarang i mengaku yang i layan hindustan *__*


#