#

petua nak rambut cepat panjang. sepanjang rapunzel pon boleh.

Assalamualaikum!

selamat tahun baru kepada semua muslim. semoga tahun baru ni lebih membawa kerahmatan kepada kita semua. Alhamdulillah tahun ni i tak terlepas baca doa akhir dan awal tahun dengan kaum kerabat family. mungkin petanda tahun 1432hijrah ni akan jadi tahun yang lebih berbahagia untuk keluarga i kan.


okey kamu-kamu. habis perenggan pendahuluan pasal tahun baru. maka sekarang ke isi kandungan pula ye. haha. i tengah terkenang zaman muda mudi buat karangan 360 patah perkataan ni.. rindu kat cikgu bm i dulu. cikgu ishak bin md shah. *__* harus la mulut i tersengih bila ingat dia. upss terlebih sudah! ada je menyimpang kan. okey nak cakap pasal petua nenek-nenek si bongkok tiga la ni. 



sebelum bagi petua, harus la tengok muka i dulu. kasi kamu-kamu rindu sama i. haha.. rindu sikit sudah la ye. karang habis keguguran bulu mata i ni. tapi mr ehem harus rindu i lebih. i sanggup keguguran semua bulu mata demi u. ahakss. cut! gedik semua itu. haha. 

kat tangan i tu tiket wayang cerita Rapunzel. yeah!! finally lepas jugak gian dapat tengok Rapunzel. thumb up!! sangat-sangat-sangat best. rugi tau sapa yang tak tengok. sekali dengan mak i angkut pi tengok wayang. penuh 1 baris seat dengan anak beranak kitaorang je. 

confirm tak rugi macam tengok 2 Alam. ceh, macam la i dah tengok cerita 2 Alam tu, suka-suka hati pulak kata cerita tu rugi kalau tengok. tapi berdasarkan research yang i buat di facebook dan belog-belog, data mendapati ramai sesangat la manusia mengutuk cerita tu. bukan setakat cerita dikutuknya, siap dengan dr rambut stylo tu sekali jadi bahan. so i andaikan memang tak best la kan. dengan itu, tak payah buang masa dan duit.



muka penonton Rapunzel yang tiba-tiba berangan nak simpan rambut panjang berjela-jela macam Rapunzel jugak. puas kau nak menyanggul rambut dah kalau sepanjang tahap tinggi menara. harus kena migraine tahap kronik punya.

belum cakap pasal petua nak panjangkan rambut lagi kan. petua ni nenek-nenek si bongkok tiga i yang bagi tau. nenek i cakap caranya macam ni :
1. amalkan gunting hujung rambut yang rosak dan bercabang dua, tiga ke sepuluh. kena rapikan. ala langkah mencegah penularan wabak rosak. mencegah kan lagi baik dari mengubati. kalau boleh amalkan at least sebulan sekali. 

2. kurangkan menggunakan hair dryer dan benda-benda yang sewilayah dengannya yang boleh buat rambut jadi panas. lagi bagus kalau kita biar rambut kering sendiri daripada kita guna hair dryer kan. selain tu, kurangkan la aktiviti melibatkan chemical contohnya rebonding, perm, dan warna warnikan rambut. 

3. pakai topi atau lebih afdal pakai tudung untuk elakkan rambut kena sinaran matahari. rambut cepat kering dan jadi rosak kalau terdedah pada pancaran sinar uv mentari ni. 

4. tak payah la rajin sangat-sangat sental syampu kat rambut tu tiap-tiap hari. dua-tiga kali seminggu cukup la ye. rambut akan cepat kering sebab syampu akan mengurangkan minyak pada rambut. jadi syampu mengikut kesesuaian saje ye. 

banyak lagi petua yang nenek i email kat i. i pilih-pilih mana yang penting jelah ye.yang penting cuba hindari dari perbuatan yang boleh buat rambut jadi rosak. rambut rosak ni la yang membantutkan sikit proses pertumbuhan rambut baru.



lupa pulak. ada 1 lagi petua nenek i yang paling mujarab dan mustajab. nenek i kata usah khuatir ye cu, pergi je yun nam hair care. i paling suka petua yang ni la. bijak kan nenek i. 



makhluk ni tak nak jadi Rapunzel. tadi baru i teman dia pergi gunting rambut. dia belanja i cuci rambut. syok wooo!!!, ada awek cun rambut karat ramas-ramas kepala i tadi. nikmatnya dia urut-urut kepala dengan bahu i. harus la kan jadi lokasi wajib cuci-cuci rambut i lepas ni. *__* 


dah tak reti nak karang ayat penutup. selamat tahun baru =)


#