#

model seksi termahal dibayar demi proses promosi


Assalamualaikum!

masa mengundi belog baru pilihan Malaysia dah pun bermula. so bermula la macam-macam strategi nak promote belog masing-masing kan. terpegun i tengok cara aizul marcello promote belog dia dan adik dia  hari tu. sangat kreatif inovatif kritis segalanya la. 


tak sangka calon belog baru pilihan Malaysia bukan main ramai. sampai 10 kumpulan kau. harus berasap la kan kepala nak mengundi. tak ada apa-apa hadiah pun untuk pemenang. sekadar nak have fun je. apa salahnya kan support benda macam ni. at least dapat meriahkan suasana alam belog-belog seMalaysia. yang paling i suka sebab i dapat kenal blogger-blogger lain. macam-macam yang i dapat baca. lain orang lain ragamnya. lain jugak pendapatnya. so, makin meriah la jadinya kan. 


memandang belog tak seberapa jelita i ni pun masuk dalam list, maka harus la i pun jalankan aktiviti promosi. tiba-tiba je jadi muka tak malu promote belog sendiri kan. *__* . ala apa nak dikisahkan, belog i sendiri kan. bukan ada orang nak marah pun. 


belog cik ada mokhtar ni dalam group number 4. number badan belog i ni 155. cantik kan number tu. harap-harap ada luck la kan. tempoh mengundi tutup pada 17 disember 2010. harus la cepat-cepat mengundi ni kan. tinggal berapa hari je tu. kelik kat sini untuk mengundi ; blog pilihan Malaysia


sempena kempen mengundi ni, i dah lantik model seksi selaku duta untuk promosi belog i ni. model ni i je yang ada tau. blogger-blogger lain tak da model seksi meksi kat kolam renang macam gini tau. ala-ala zaman kegemilangan majalah mangga mempelam gitu kan. 



memperkenalkan model seksi termahal yang i bayar untuk promosi belog i ni. kopak duit i tau nak bayar model ni. cara bayaran model ni lain macam sikit. dia tak berminat dengan cash. i kena fikir cara pembayaran yang kreatif jugak untuk dapatkan model ni. selepas berasap-asap otak i, akhirnya i dapat cara pembayaran kreatif tu. dan model seksi ni pun setuju nak sign kontrak dengan i. 




ni la cara pembayaran nya. membiarkan dia berkocak, berenang, menggelupur dalam air dengan sepuas hati tanpa membuat sebarang muka bosan, panas, rimas, penat nak balik. lain kali la i cerita lanjut lagi pasal cara  menambat hati model seksi ni sampai dia setuju sign kontrak. 


kembali je tujuan asal i. jangan lupa vote blog baru pilhan Malaysia. kumpulan 4. number 155. sekian terima kasih *__* 




#