#

jatuh cinta dengan ayoub


Assalamualaikum!

Burp!! hodoh betul perangai tiba-tiba mengeluarkan aroma kekenyangan kat sini. *__*  nyum nyum! menu dinner i malam ni prosperity burger. Alhamdulillah, nikmat sedap tekak dan kenyang perut. bila perut dah kenyang mula la berguling dan bergolek sakan depan tv. lepas tu mula la merungut perut naik, perut mengelebeh. macam-macam la kan. dasar manusia betul kan. jangan jadi macam i tau. *__*


hari dan malam yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. ceh bukan main lagi ayat. ada apa yang kau sibuk-sibuk tunggu hari selasa malam rabu ni cik ada? ada rombongan datang meminang ke. oh tidak!  bukan malam ni je tau i menunggu. malam esok dengan malam lusa pun i akan tertunggu jugak . i sebenarnya tunggu nak bergolek depan tv melayan cerita AYOUB.




sila ambil perhatian ye. hari selasa, rabu dan khamis i tak free untuk apa-apa aktiviti di waktu malam bermula pukul 10.30 hingga pukul 11.00 malam. tak payah la nak ajak i kuar dating. i tak layan. haha. gila berlagak. padahal kalau mr ehem ajak berdating confirm i buat muka kiut miut macam meow. buat mata bulat lepas tu kelip-kelip kan, ceh! bajet muka tu comel la pulak kan. 


apa yang best sangat dengan cerita ayoub ni sampai buat i tertunggu-tunggu. jangankan masa berdating, masa keluar beli makanan pun i sanggup korbankan tau. nasib baik ada abang delivery yang cepat dan pantas serta memikirkan perut i yang baru nak start berkeroncong. 




i suka ayoub sebab ada dua orang manusia yang hensem. oh tidak! sangat nakal mata ini. bagi i tak da la hensem mana sangat pun, not my taste. ceh! sunggub berlagak ayat tu kan. haha. pelakon cerita ni boleh tahan best. siapa tak kenal fizz fairuz, pelakon yang meletup dalam nur kasih ni kan. lepas tu ada iqram dinzly yang sangat sopan santun dalam cerita ni. ada ke makhluk yang sangat-sangat baik macam watak ayoub ni kat dalam dunia ni ek. insyaAllah ada, tapi susah nak jumpa kan. stok kalau jumpa harus terus pergi pinang dia jadi suami la kan. 


heroinnya pulak fiza dengan watie. setakat hari ni episod 12 watak fiza tak ada la banyak sangat. walaupun i tak berapa minat tengok watie berlakon, tapi i puji dia berlakon dalam cerita ni. menjadi la gediknya tu. *__* . yang paling i suka tengok watak norish karman. kelakar betul tengok dia calit lipstick belemoih. okey, tak paham ek belemoih tu apa. belemoih tu maksudnya comot. macam orang tiga suku conteng lipstick kat muka depa. dengan rambut gerbang dia tu. thumb up to NK. selalunya i tengok dia berlakon jadi orang kaya, pandai bergaya tapi kali ni dia jadi orang yang ala-ala tiga suku gitu. 


watak man sewel lakonan razak ahmad paling best. kelakar habis jugak. tapi episod malam ni sedih. man sewel dan mati. dah tak boleh la i gelak-gelek dengan watak man sewel yang terer speaking. hebat kau, orang sewel speaking amerika. haha. .


bagi i arahan hilter m zami ni memang best. sama macam sebelum ni. tak mengecewakan. memang kalau boleh i tak nak terlepas setiap episod la. bukan main gila lagi kan dengan cerita ni. so, jom berguling depan tv tunggu cerita ni lagi malam esok =)



#