#

yang badan besar sibuk nak kurus. kurus pun ada masalah tau.


Assalamualaikum!

isu badan besar dan badan kurus ni biasanya sensitip sikit nak dibualkan. terutamanya bila bercakap dengan orang-orang yang rasa tak puas dengan bentuk badan diaorang. kadang-kadang tahap tak puas hati dengan badan sendiri tu boleh sebabkan diaorang ni tak confident pada diri sendiri. lepas tu mula la menyeksa diri sendiri. makan pil kurus entah apa-apa sampai dapat penyakit lain. ada pulak yang jenis suka jolok tekak nak muntahkan makanan yang diorang makan. terseksa betul kan. sepatutnya diaorang ni ambil langkah yang betul macam buat senaman dan jaga pemakanan. memang take time, tapi selamat. 

tu kisah yang berbadan besar. i yang berbadan kurus ni sebenarnya tak puas hati dengan diri sendiri. entah bila la agaknya dapat naik lima ke sepuluh kilo berat i. teringin sangat nak besarkan sikit badan ni. selaku makhluk berbadan kurus, i ada pengakuan nak bagitau kat sini. orang berbadan kurus pun sebenarnya ada masalah jugak. masalah utama i adalah perut berlapis. badan je kurus tapi still kena cover part perut ni. 

jealous betul i tengok perut slim melim tanpa lemak-lemak mengelebeh macam ni.


kalau duduk kena cover letak apa-apa depan perut sebab memang jelas sangat nampak kebuncitannya tu. kat tepi-tepi pulak nampak lemak-lemak mengelebeh. baju pun kena pilih betul-betul. tak boleh main sukahati je pakai. karang ketara pulak nampak lemak-lemak tu. kau bayangkan la macam mana buruknya orang badan kurus tapi ada lemak-lemak degil macam tu. 

cara penyelesaian nak membuang segala lemak-lemak degil yang selalunya orang amalkan mestila sit up kan. datang mood rajin, sakan i sit up sebelum tidur dan bila bangun tidur. tapi bila datang mood pemalas, jangan harap la kan. salah diri sendiri la kan. tak buat bersungguh.

sit up memang tips yang berkesan untuk orang yang rajin. buat setiap hari. tak kisah la sebelum or selepas  bangun tidur. at least buat. dalam kiraan lapan cukup la. itu untuk perut yang membuncit ke depan. kalau nak buang lemak-lemak kat bahagian tepi buat senaman yang angkat sebelah kaki sampai jadi bentuk L tu. paham tak macam mana? caranya kau kena berbaring mengiring. then angkat kaki yang di atas. ikut posisi kau mengiring la. kalau kanan, angkat la kaki kiri. angkat sampai jadi bentuk L. ulang la sampai lapan kali, then tukar kaki sebelah pulak. make sure buat tiap-tiap hari ye.

tips tu memang berkesan, tapi untuk orang yang extravaganza rajin macam i ni kena la cari alternatif lain. tips yang paling mudah, senang tahap kena ketuk kepala dengan senduk kalau malas jugak. tapi kena pakai kos sikit la tips yang ni. kos yang murah je pun. ala sapu je minyak panas kt perut lepas mandi. guna je losyen pati halia yang si nora danish jadi duta tu. kenapa kena sapu selepas mandi? sebabnya pori-pori kulit terbuka masa tu. so lenih mustajab la. senang kan! habis cerita.


eh silap. i search gambar nora danish tadi. kenapa gambar ni pulak yang keluar. haisshh!!


okey ni baru betul. lihat perut ku kempis kan. sapu la losyen mustajab pati halia setiap hari. pasti lemak mu akan mencair. anda juga mampu memiliki perut kempis seperti ku.. *__* tiba-tiba tolong buat iklan bagi pihak nora danish ni pulak.






#