#

cerewet memilih makanan senang bela atau susah bela



Assalamualaikum! Salam 1 Malaysia. 



i nak cakap pasal makan lagi hari ni. yelah, semua orang makan untuk hidup kan. Alhamdulillah kat negara kita ni rasanya semua orang dapat makan dengan sempurna. boleh dibilang sangat la insan-insan yang tak bernasib baik terpaksa ikat perut.


terus terang i cakap, yang masuk dalam rancangan bersamamu tu kadang-kadang tak cukup makan sebab malas nak berusaha. pelikkan orang yang cukup sifat tapi cakap tak ada duit nak makan. bagi yang ada tak sempurna, ada kekurangan diri tu lain la ceritanya. i berani cakap macam tu sebab ada someone yang i kenal masuk dalam rancangan bersamamu tu. satu kampung tahu keluarga tu berharta, ada tanah, ada kerbau, lembu. siap ada dua isteri gitu. anak-anaknya dah besar panjang, cukup keringat nak kerja. cuma memang i tak nafikan rumah dia memang nampak daif. bagi i dia yang sengaja tak nak berusaha la kan.


dah melalut cerita lain la pulak ni. jom cakap balik pasal cerewet bab memilih makanan. macam-macam spesis orang ada kat dunia ni. ada yang tak makan itu, kurang gemar makan ini, kena berpantang makan itu, kena sawan bila makan ini. pendek dan panjang cerita macam-macam jelah. lain orang lain seleranya kan. soalnya kat sini kecerewetan tu kadang-kadang buat orang-orang terdekat rasa senang or leceh nak bela kau. kau paham tak perkataan 'bela' tu? 'bela' tu maksudnya jaga or nak melayan kau. senang dijaga atau leceh. kalau orang pahang perkataan 'bela' ni diaorang guna untuk menunjukkan baiki. dulu ternganga jugak la mulut i bila dengar orang pahang cakap "saya nak pergi bela tapak kasut ni kat kedai. dah terkopak tapak kasut ni". tetiba masuk cerita lain lagi kan.



tayang gambar makanan dulu. pembangkit selera bila nak cakap pasal makan-makan kan


tak payah cakap pasal orang lain la kan. i cakap pasal kecerewetan diri sendiri jelah. i pun tak pasti, orang-orang terdekat i rasa senang atau leceh nak melayan, menjaga kereneh makan i ni. banyak benda sangat yang i tak makan. mana nak mula ni ye. okey i buat list ikut piramid makanan jelah. membebel sambil bagi pengajaran pasal healthy eating habits. well, i'm teacher hokey! so paham-paham la, bila membebel mesti kena selit pengajaran sikit. haha




@ i tak suka makan pulut. contoh paling terang-terang harus la ketupat, lemang, dan sewilayah dengannya la. bila makan pulut i rasa pening, mata berpinar-pinar, kepala bergoyang-goyang. i akan cuit sikit je makanan berasaskan pulut ni bila orang dah beriya-iya pelawa i makan. tak sampai hati pulak kan nak tolak pelawaan orang. tu pun i makan part yang keras, garing. yang orang lain awal-awal reject kan. tak pun masa hari raya i akan makan rendang or serunding je.

@ i tak suka makan buah-buahan yang berbau kuat macam durian, machang, kuinin. ada la dua tiga jenis buah lagi. adus, tak tertahan i dengan bau-bauan menusuk kalbu tu. selain tu, i tak suka makan buah yang buat i leceh nak mengopek. off course la durian sekali lagi masuk senarai. nampak sangat i letak sign say no to durian kan. haha. walaupun rasa manggis best, tapi tak tak gemar jugak sebabnya leceh la nak bukak. i akan makan bila mak i yang tolong kopekkan untuk i. bapak mengada kan!

@ i jugak tak suka buah yang manis melencas, berair-air. contohnya rambutan yang dah masak ranum tu. i akan makan rambutan yang warna kuning-kuning baru nak merah tu sebab tak berair, kenyang, tengang. best! rasa dia tak manis tahap mendatangkan kencing manis kan. kelat-kelat sikit gitu.

@ masuk ke level protein pulak ye. i tak makan seafood kecuali ikan. tak usah sebut la kerang, sotong, udang, apa-apa jelah lagi semuanya i tak makan. i sendiri pun tak sure sejak bila i say no pada karangan-karangan laut tu. seingat i masa kecik dulu i makan je semua tu. semuanya berubah sebab alahan gatal-gatal bila makan seafood ni. bila makan je mula la gatal-gatal lidah, mulut. sampai tahap bengkak mulut tau. sejuih si nabil tu. lagipun i pun dah hilang nafsu nak makan benda-benda tu. tak usah la kau nak tayang udang galah ke, segala bapak udang yang besar-besar tu. i tak rasa terliur pun.

@ lagi bab protein. i tak suka telur separuh masak or telur yang digoreng tak garing. aduhai kembang tekak i bila makan telur goreng yang cair-cair meleleh telur merahnya tu.

@ seterusnya i tak suka kuih-kuih yang lembik, lembut, manis. contohnya macam bubur somsom, tepung pelita, tepung talam dan apa-apa spesis berkaitan la. kalau makan donut, i mesti pilih yang paling kurang gula. lepas tu i akan ketuk-ketuk donut tu kasi jatuh gula-gula yang ada. mak i dah paham sangat kerenah i ni. kalau buat donut, mesti mak i buat donut special untuk i. donut tak tabur gula.

@ masuk bab air minuman pulak. i tak suka nescafe, coffee. pendek kata segala yang ada caffeine  la. bila minum dengan i mesti rasa pening-pening, loya-loya nak termuntah je. baik tak payah minum kan dari nak menderita. selain tu, i cuma akan minum susu perisa cokelat je. loya tekak i ni bila minum susu tak ada perisa. i tak suka bau milo. dah lama jugak la i tak minum milo. cuma baru-baru je i belajar minum minum balik. tu pun i akan order milo o panas. baru boleh masuk tekak ni. i tak suka minum ais. rasa lemah je badan bila minum air. kesimpulannya, tak payah susah-susah. i suka minum air kosong je. itu je minuman yang buat i puas.



mak ai bukan main mengada-ngada kan. itu tak suka. itu tak boleh. sebenarnya macam tak lengkap lagi list i tu. tapi cukup la setakat tu je. karang ada jugak kena humban dalam lombong kan. mengada-ngada sangat. okey balik pada persoalan i tadi. susah ke leceh nak jaga orang macam i ni. tak payah susah-susah nak hidang macam-macam makanan kat i. lepas tu hidang air kosong pun dah cukup je pada i. family i dah paham sangat kerenah makan i ni. yelah sejak kecil diaorang jaga i kan. tapi agak-agak mr ehem boleh layan kerenah makan i ni ke tak ye?


*__* kau cerewet bab pilih makanan tak?


#