#

irma hasmie dah ada pengganti nabil. hi hi bye bye nabil.


Assalamualaikum!

say tata to nabil. pelukan nabil telinga capang dulu sudah tiada makna. tak best! tiba-tiba nak letak gambar ni awal-awal sebab nak panaskan entry yang agak ketinggalan kereta api tanah melayu. suka-suka hati je buat tajuk macam gitu, padahal tak kenal pun siapa lelaki tu. okey, semua ini i reka cerita sahaja ye. sila jangan percaya selagi abang nara belum keluarkan gosip terkini.

ho ho ho merry Christmas. semalam i gantung stokin kat tangga rumah, tapi kenapa i tak dapat hadiah. mr ehem kata i tak dapat hadiah sebab i gantung stokin busuk. hello, i gantung stokin baru segar dari kedai tau. warna pink belang-belang gitu. then mr ehem kata mesti sebab rumah i tak ada corong asap. tu sebab uncle santa berjambang tak dapat masuk rumah i. okey, alasan ni i terima. esok i nak call uncle tuan rumah nak mintak dia renovate rumah sewa ni, buat corong asap. dan harus la uncle rumah tu akan cakap kat i "adik cantik, u dah gila ke?".


okey, i mengarut je tu. orang islam mana sambut christmas kan. so tak payah la nak melebih-lebih konon-konon kau yang menyambutnya kan. bukan agama kita tu. sekadar menghormati orang-orang yang sambutnya sudah la. tiba-tiba terasa nak jadi ustazah kat sini. sedang bergaya seperti ustazah dato mashitah ibrahim ni sambil melihat bunga api kat langit dari tingkap rumah. tengok bunga api orang sambut christmas tak berdosa ye. *__*


introduction yang panjang disitu nampaknya. mari terus ke isi kandungan. mari mencuci mata menambah saham melihat artis bergaya sakan kat anugerah skrin 2010 semalam. sanggup i tak keluar makan semalam semata-mata nak menambah saham beratkan bahu kiri i ni tau. mari melihat, mencuci mata *__*


mari bermula dengan pasangan-pasangan  merpati terbang sejoli yang sedang bahagia. tak lama lagi jumpa di mahkamah la tu. choi! mulut tak ada insuran la ni kan. gurau je *__*. tapi realitinya kan, macam dah bosan je i tengok kes-kes cerai berai, putus tunang, putus kawan, putus segalanya, gaduh-gaduh artis. apa-apa pun i doakan semoga jodoh diaorang semua ni panjang. bukan jodoh artis je, jodoh SEMUA ORANG! 







seterusnya gambar artis posing solo molo. 








seterusnya the hottest mummy yang terpaksa bawak anak sebab bibik ambil cuti sakit.





oh tidak! oh bulan! memang hot la nenek ini kan.


dah berat kan bahu kiri tu. dah cukup panas kan. okey, mari lihat artis-artis yang menyejukkan hati dan mata pulak. 



alamak, i baru perasan gambar artis perempuan je yang banyak. nak tengok lagi gambar-gambar artis lelaki dan perempuan lain kelik disini ye . ask 2010. TV3MALAYSIA .


#